Spektrum Pelangi - Glam Malaysia
Spektrum Pelangi 01

Spektrum Pelangi

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Lima arloji ilham jauhari mendakap keharmonian spektrum pelangi bertatahkan butiran berlian serta batu permata berharga.

Selain kontruksi komplikasi arloji yang sulit; seni ketukangan penetapan batu permata yang rumit juga terkait dengan himpunan arloji ilham jauhari yang dipersembahkan khusus untuk wanita. Tahun ini, keindahan spektrum pelangi yang digarap bertatahkan dari pelbagai batu permata berharga; termasuk batu delima, nilam atau zamrud masih hangat diperlihatkan.

Seni ketukangan permata ini ternyata rumit, belum lagi yang diolah berestetika seni yang kompleks. Demikian, setiap tukang permata yang memerankan tanggungjawab ini perlu melaksanakan pengawalan kualiti yang ketat. Ini termasuk dari pemilihan dimensi serta pemotongan batu permata yang tepat; selain memastikan intensiti kejelasan, warna dan jumlah karat batu permatanya. Ayuh lihat lima karya arloji terkini yang tampil cukup dramatis hasil kerja tangan para tukang arloji ilham jauhari Swiss!

Spektrum Pelangi 02

Allegra Cocktail 36 mm, Bvlgari

Arloji ilham jauhari Allegra Cocktail yang terbaru adalah lambang serta rencana berani Bvlgari dalam menampilkan jam tangan berkarakter perhiasan mewah Itali. Pilihan batu permata yang luar biasa ini digarap dari pelbagai potongan serta bentuk; termasuk batu sitrin, kecubung, peridot, topaz dan rodolit. Batu-batu permata ini diatur mengelilingi laman dail mother of pearl berbalas lebih dari 80 butiran berlian yang melingkari bezel dan case. Kombinasi batu permata dari pelbagai bentuk ini meciptakan efek kilauan yang menawan dan dilihat seolah bergerak lembut. Hadir dalam dua versi yakni emas putih atau merah 18K, arloji bersaiz 36 mm ini disempurnakan bertali kulit buaya dan ditenagai nadi kuarza yang diperibadikan Bvlgari.

See also
Mengadun Seni Bersama Teknologi