GLAM Weddings: Jaclyn Victor Berseri Dalam Busana Pengantin Rizman Ruzaini
Jaclyn

GLAM Weddings: Jaclyn Victor Berseri Dalam Busana Pengantin Rizman Ruzaini

Cinta sejati tidak mengenal waktu, dan untuk Jaclyn Victor, kebahagiaan kembali mekar. Dalam suasana yang dipenuhi kasih sayang, penyanyi ini akhirnya kembali bergelar isteri kepada pensyarah, Calvin T Samuel. Pasangan sejoli ini memilih tarikh yang simbolik dan penuh erti, 25 Mei 2025 (25.5.2025), sebagai permulaan kisah cinta abadi.

Majlis perkahwinan berlangsung secara tertutup di sebuah dewan dengan kehadiran ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan artis. Antara selebriti yang hadir termasuk penyanyi Shila Amzah yang turut berkongsi berita gembira ini melalui laman Instagram peribadinya. Kehadiran rakan-rakan seni seperti Marsha Milan juga menjadi saksi kepada detik bahagia pasangan ini.

Pada hari istimewa tersebut, Jaclyn Victor tampil anggun dalam busana rekaan Rizman Ruzaini Bridal Couture. Jaclyn memilih dua gaun yang berbeza untuk majlis perkahwinannya.

Jaclyn

Jaclyn mengenakan gaun putih dengan reka bentuk yang ramping, minimal, dan timeless. Gaun ini dihiasi dengan French lace yang dibuat secara handmade pada bahagian lengan, memberikan sentuhan halus kepada siluet yang kemas dan menarik perhatian. Busana minimalisnya mencerminkan keanggunan moden yang tidak lekang oleh zaman.

See also
Tengku Natasya Adnan Meraih Keberkatan Ilahi Dengan Majlis Khatam Al-Quran

Untuk resepsi, Jaclyn memilih gaun yang lebih mewah, menampilkan hand-embellished yang kompleks dengan batu permata perak dan manik-manik halus. Siluet berstruktur dengan lengan pendek memberikan penampilan pengantin yang anggun dan feminin.

Jaclyn

Penampilan Jaclyn pada hari bersejarah tersebut disempurnakan oleh hasil tangan jurusolek, Sheila Mohamad (@sheila_mohamad) yang memberikan sentuhan glamor yang sempurna untuk melengkapkan keanggunan gaun pengantin Rizman Ruzaini.

Majlis perkahwinan yang penuh makna ini bukan sahaja menjadi detik bahagia bagi pasangan pengantin, tetapi juga perayaan cinta yang telah dipupuk dengan penuh pengertian.

 

Artikel berkaitan: Jaclyn Victor Amalkan Diet Mengikut Jenis Darah