GLAM Weddings: Pernikahan Eyka Farhana & Akhyar Rashid

GLAM Weddings: Pernikahan Eyka Farhana & Akhyar Rashid

Eyka Farhana dan Akhyar Rashid memulakan lembaran kehidupan baru dalam majlis pernikahan yang penuh makna. Selamat menempuh alam perkahwinan!

Dunia hiburan tanah air mendapat berita gembira apabila Eyka Farhana telah selamat disatukan dengan pemain bola sepak, Akhyar Rashid. Majlis pernikahan yang dilangsungkan secara eksklusif pada 2 Mei 2025 yang berlangsung dalam suasana intim namun tetap meriah.

Pasangan mempelai kelihatan amat serasi mengenakan busana pernikahan serba putih yang menggambarkan keanggunan dan keharmonian hubungan mereka, bak cincin dan permata yang tidak dapat dipisahkan. Dengan hanya sekali lafaz, Akhyar Rashid telah sah bergelar suami kepada Eyka Farhana, melengkapkan perjalanan cinta mereka yang kini melangkah ke babak baharu kehidupan.

Pernikahan yang berlangsung dengan penuh makna ini membawa elemen keanggunan, menjadikannya sebuah majlis pernikahan yang tiada tandingan. Dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan sahabat-sahabat rapat, majlis ini tidak hanya menjadi pertemuan dua insan, tetapi juga pertemuan dua dunia yang berbeza – hiburan dan sukan.

See also
Anak Selebriti Yang Mempunyai Jumlah Pengikut Terbanyak 2022

Wajah-wajah bahagia dan air mata kegembiraan memenuhi majlis ketika lafaz akad nikah diucapkan oleh Akhyar dengan penuh keyakinan. Detik istimewa ini diabadikan dalam kenangan semua yang hadir, menyaksikan permulaan perjalanan hidup baru pasangan ini.

Keanggunan Eyka lebih terserlah berkat busana pernikahan hasil tangan pereka fesyen, Teh Firdaus, sementara wajahnya disolek dengan sentuhan magis jurusolek, Khir Khalid, menyempurnakan penampilannya yang manis dan dandanan rambut disiapkan oleh Ckay Liow.