Hiasi Dapur Sempena Syawal Ini Bersama Dekton Cosentino - Page 2 of 3 - Glam Malaysia

Hiasi Dapur Sempena Syawal Ini Bersama Dekton Cosentino

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Permukaan ultra kompak yang inovatif dari Dekton Cosentino untuk dunia seni bina dan reka bentuk, kini secara rasminya merupakan produk yang bersifat neutral karbon dalam usaha perjuangan untuk menentang perubahan iklim. Permukaan dapur yang berkualiti tinggi penting dalam memberikan suasana yang nyaman dan selesa ketika melakukan apa jua aktiviti di dapur. Inovasi dari Dekton yang carbon neutrality ini direka sebagai satu capaian untuk menjaga kualiti sepanjang kitaran hidup produk. Setiap langkah dalam menghasilkan rekaan ini telah dititikberatkan bagi mencapai kecekapan yang lebih besar dari segi tenaga, penggunaan sumber dan elektrik yang boleh diperbaharui serta menjaga polisi kelestarian mobiliti demi keselesaan pengguna.

Hiasi Dapur Sempena Syawal Ini Bersama Dekton

Aktiviti di ruang dapur seperti memasak boleh menyebabkan pengeluaran gas rumah hijau yang tinggi. Pelaksanaan teknik terbaik dan pengoptimuman proses, Dekton Cosentino mampu mengurangkan pelepasan Gas Rumah Kaca (GHG) sebanyak 7%. Untuk mencapai peneutralan karbon, Dekton telah melabur dalam projek pengurangan pelepasan GHG untuk menyokong pencapaian Agenda 2030 oleh SDG untuk Sustainable Development.