Naddy Zac GLAM Societé

NADDY ZAC

Naddy Zac, seorang wanita muda berjiwa besar, merupakan pengasas kepada Nicola Beauty & Salon. Anak kedua daripada tujuh beradik ini mempunyai semangat kepimpinan dan cita-cita yang tinggi. Berbekalkan kelulusan dalam bidang Sains Komputer dan Matematik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), langkahnya ke dunia kecantikan bukanlah kebetulan, tetapi hasil gerak hati dan keyakinan diri.

Naddy

Penubuhan Nicola Beauty & Salon bermula daripada pengalaman peribadi Naddy yang gemar mengunjungi salon untuk merias kuku dan bulu mata. Dia menyedari bahawa terdapat kekurangan salon kecantikan di Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai perkhidmatan di satu tempat dengan suasana eksklusif dan premium. Berdasarkan pemerhatian ini, beliau mengambil langkah untuk membuka salon sendiri yang memenuhi keperluan tersebut.

Di sebalik kejayaan ini, berdirinya seorang lelaki yang menjadi sumber kekuatan iaitu suami tercinta. Suaminya bukan sahaja memberi dorongan dan nasihat, malah menjadi guru kehidupan yang mengajarkan disiplin, ketekunan, dan fokus dalam setiap langkah perniagaan. Pengalaman mengikuti suami ke tempat kerja juga membuka mata dan hati Naddy terhadap selok-belok dunia perniagaan untuk membina empayarnya sendiri.

See also
ZAHIDA RAFIK

Artikel Berkaitan: Kuku Cat-Eye Fenomena Yang Menyinari Dunia Kecantikan 2025