SANGEETA KRISHNASAMY - Glam Malaysia

SANGEETA KRISHNASAMY

Sangeeta Krishnasamy, 33, mampu membuat sesiapa pun terpesona dengan kecantikannya. Beraut wajah India yakni mata bundar, hidung mancung dan gigi putih bak barisan mutiara. Kulit hitam manis menambahkan pesona dirinya. Graduan undang-undang dari University of London (kampus Malaysia) ini mula menjinak-jinakkan diri dalam bidang seni sejak 2011. Pada 2017, Anak jati Kuala Lumpur ini menjadi perbualan ramai apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FFM29), bagi filem ‘Adiwiraku’. Dan saingannya bukanlah calang-calang, Sangeeta berjaya mengetepikan nama-nama gah industri perfileman negara seperti Izara Aishah, June Lojong, Sharifah Amani dan Yeo Yann Yann untuk memenangi anugerah tersebut.