Apa Kata Komuniti Cantik Archives - Glam Malaysia

Aktres cantik Eyka Farhana sentiasa hadir bersedia, cantik dan segar walaupun dirinya hanya tidur 1 Jam. GBC tanya apakah rahsia empunya diri rutin cantiknya di kala Take-Off.   GBC mendekati aktres cantik yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Apa yang menarik perhatian GBC adalah rutin penjagaan kulit wajahnya yang tidak pernah pudar momentumnya. Sentiasa bersedia dengan produk-produk penjagaan kulit wajahnya. Hendaklah sekarang ini, dia sibuk menghadiri jemputan ke acara dalam and luar negara. Bagaimana dia kekal cantik walaupun kepenatan! Ikuti sembang cantik GBC bersama Eyka Farhana. Mungkin anda boleh mengikuti nasihatnya?...

Apakah satu rutin penjagaan kulit anda yang tidak pernah tinggal walaupun anda sibuk?

Tidak kira betapa padatnya hari saya, sama ada saya di set penggambaran, ke acara, atau mengejar penerbangan lewat malam. Saya tidak pernah tinggal untuk membersihkan wajah. It’s my reset button! Muka yang bersih adalah asas untuk segala-galanya, dan ia membantu kulit saya bernafas selepas memakai solekan sepanjang hari. EYKA FARHANA