Hailee Steinfeld: I Am Not Dating Justin Bieber - Glam Malaysia

Hailee Steinfeld: I Am Not Dating Justin Bieber

TMZ baru-baru ini membuatkan peminat-peminat Justin Bieber berbuih di mulut selepas mereka melaporkan bahawa penyanyi Love Yourself itu kini berada di dalam hubungan yang baru. Guess who? Hailee Steinfeld daripada Pitch Perfect dan The Edge of Seventeen.

 

Foto: Theresa Shirriff/AdMedia

Steinfeld yang sudah penat dikejar dan dipersoalkan mengenai hal ini mengeluarkan kenyataannya sendiri sewaktu membuat kemunculan dalam sebuah rancangan radio dengan jawapan yang mudah:

 

I am not.”

 

Dia juga menerangkan bahawa dia sudah lama mengenali penyanyi tersebut dan agak aneh untuk tiba-tiba dikaitkan dengan sebegitu rupa.

 

It’s crazy. Saya tidak tahu kenapa orang mahu membesarkan perkara ini. Kami hanya rakan. Kami sudah berkawan untuk beberapa tahun,” nyata Steinfeld lagi.

 

Steinfeld yang jarang berkongsi informasi mengenai hidup peribadinya tampak berbeza dengan Bieber yang selepas memutuskan hubungan on-off bersama Selena Gomez telah dikatikan dengan beberapa orang wanita seperti Hailey Baldwin, Kourtney Kardashian, dan Sophia Richie.

See also
Bicara Kavita Sidhu Tentang Dunia Peragaan Malaysia