6 Tips Untuk Memastikan Rambut Pendek Anda On Point - Glam Malaysia

6 Tips Untuk Memastikan Rambut Pendek Anda On Point

Ramai wanita yang ingin menggayakan rambut pendek, tidak kira sama ada ianya pixie cut ataupun bob cut, atas alasan penjagaan yang lebih diperlukan untuk mengekalkan gaya rambut pendek mereka. Tetapi sebenarnya, penjagaan rambut pendek tidaklah sesusah yang disangkakan. So don’t worry, we got you.

 

Blow-drying berlebihan

Ianya disarankan untuk mengeringkan rambut pendek dalam kadar 50% kering, gunakan wax ataupun serum dan biarkan rambut anda kering dengan sendiri.

 

Terlalu “licin”

Apabila wanita menggunakan terlalu banyak gel untuk menggayakan rambutnya, ianya mungkin takkan nampak cantik. Untuk gaya yang lebih chic dan bersahaja, sikat kebelakang menggunakan pomade ataupun wax tapi jangan sampai melekat flat dekat kepala anda please.

 

Menambah volume di atas rambut

Kalau anda tidak mengenali Kate Gosselin tolong Google sekarang. Kalau anda mengembangkan bahagian belakang dan meratakan bahagian depan, you’re doing it wrong, honey.

 

Terlalu banyak kerja

Terlalu banyak penggayaan, produk dan masa tidak menjaminkan rambut yang lawa especially untuk rambut pendek. Apa yang disarankan oleh seoran penggaya rambut ini adalah untuk menggunakan sedikit wax, diratakan diantara jari-jemari anda dan gunakan jari anda sebagai sikat.

See also
Dior Suite Pilihan Bintang Terkenal Tampil Menawan di Cannes

 

Bangs: deal with it or cut it off

Rambut yang panjang di bahagian atas dan bukannya di tepi merupakan situasi yang ideal untuk berambut pendek. Jangan sibuk meletakkan bangs anda dibelakang telinga okay?

 

Tolong jangan guna curling wand

Gunakan flatiron untuk menghasilkan alunan yang lawa dan pada masa yang sama melindungi rambut anda daripada kerosakan.