Salju Berlian Piaget Menambah Kemewahan Gaya Hujung Tahun
Kembara Piaget meminjam inspirasi daripada Le Cote-aux-Fees yang indah dengan hamparan salju bak berlian. Setiap gugurnya salju itu menyampaikan cerita tentang kebahagian, kerlipan dan kegirangan. Keunikan bentuk salji itu membawa samaran pada butiran berlian. Tiga koleksi piaget taruhkan untuk menambah mewah gaya hujung tahun.
Koleksi Possession mengenengahkan idea pada si pemakai untuk bijak mengambil keputusan dalam hidup. Setiap liuk lentuk hiasan barang kemas ini mengeluarkan magik cara yang berbeza bersama taburan salju berlian. Talisman mewah koleksi Possession ini bagaikan membawa tuah pada wanita Piaget. “Turn for Extraordinary” adalah pujangga yang dipegang oleh Piaget dalam penghasilan rekaan koleksi segar ini.
Buat kisah wanita yang feminin dan masih suka pada rekaan berbunga-bunga pastinya koleksi Rose menambat hati. Ia meminjam nama daripada mawar Yves Piaget yang cukup popular dalam kelompok pecinta bunga. Kerlipan berlian buat koleksi Rose ini diperbuat menggunakan berlian emrah jambu hingga ke fuchsia terang. Bagi menampak kesan dramatik, Paiget turut selitkan batu berlian rona sitrus.
Pastinya salju lebih indah dilihat pada siang hari. Dapat mata menyaksikan keindahan kota La Cote-aux-Fees yang diselmutkan degan salju putih biarpun hanya seketika siangnya. Maka Piaget juga mahu taruhkan koleksi Sunlight mereka yang mengagungkan kerlipan berlian putih. Lebih gah dengan simbahan mentari yang setia pada siang harinya.