Use your ← → (arrow) keys to browse
Elon Musk mencuri perhatian baru-baru ini apabila dikhabarkan menimang sepasang anak kembar.
Menurut portal Insider, Elon menimang cahaya mata kesembilan dan kesepuluh secara rahsia pada November lalu hasil perhubungannya dengan Shivon Zilis.
Shivon, ketua projek dan penyelidik kecerdasan buatan yang berusia 36 tahun merupakan eksekutif di Neuralink, sebuah syarikat milik Elon dan Max Hodak, pengasas Transcriptic.
Tidak lama selepas berita tersebut tular di internet, ketua pegawai eksekutif SpaceX itu meleraikan teka-teki netizen menerusi satu kenyataan di Twitter.