Use your ← → (arrow) keys to browse
Selepas mencipta nama sebagai pelakon dan pemuzik, Johnny Depp kini secara rasminya bergelar pelukis profesional.
Beberapa hari lalu Johnny mempersembahkan koleksi karya seni pertamanya yang merangkumi 780 lukisan edisi terhad untuk jualan menerusi 37 galeri Castle Fine Art.
Setiap lukisan dijual pada harga RM21,000 manakala satu set yang merangkumi empat lukisan pula dijual pada harga RM80,000.
Perkongsiannya mengenai jualan itu di Instagram dengan kapsyen ringkas “NOW AT CASTLEFINEART” mendorong trafik ke laman sesawang galeri itu sekali gus menyebabkannya lumpuh.