5. Colorama pula mendedahkan susunan yang megah menggabungkan semula warna dan kombinasi bulatan kromatik, menegaskan kepentingan aksesori dan wangian Dior. Lambang keanggunan, Lady Dior ditampilkan dalam tafsiran semula yang eksklusif dicipta oleh tokoh-tokoh dari arena seni Korea – sembilan untuk projek Dior Lady Art dan tujuh belas untuk konsep Lady Dior As Seen By.
Sebagai kejutan istimewa, pengunjung ke pameran Christian Dior Designer of Dreams juga boleh melihat adibusana istimewa di Star in Dior yang pernah dipakai oleh barisan selebriti terkemuka dari Charlize Theron hingga Jennifer Lawrence, Jisoo dan Céline Dion. Jika anda berada di Seoul Korea, jangan lepaskan peluang ini! Tiket dijual dengan harga ₩18,000 untuk dewasa berumur 19 tahun ke atas. Pameran ini dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad dan ditutup setiap Isnin. Lebih info klik SINI.