Dior Beauty Archives - Glam Malaysia

Gerakan cantik di Malaysia kini heboh mengenai spa di dalam keretapi mewah! Datin Elvina individu pertama yang menikmati pengalaman eksklusif Dior Spa.

Dior Spa bekerjasama dengan Eastern & Oriental Express menerusi keretapi Belmond menjelajahi serata Asia Tenggara, antara Singapura dan Malaysia sambil menerima rawatan spa terbaik. Megah mengunjungi ke Asia Tenggara pada 22 Jun 2024, Dior Spa bersama Eastern & Oriental Express memberi pengalaman yang unik dengan pemandangan yang indah. Keretapi ini akan melintasi keajaiban Asia Tenggara, di antara Singapura dan Malaysia. Pemandangan panorama yang luar biasa seperti hutan hujan tropika, sawah, laut jernih serta kuil-kuil nenek moyang dahulu akan menemani anda.

Editor GBC diberi peluang eksklusif untuk mendekati Datin Elvina Mohamad tentang pengalamannya kala dijemput untuk menikmati itinerari eksklusif Dior Spa sambil menikmati pemandang tropika indah dan mengikuti sesi rawatan cantik secara holistik yang dihasilkan secara eksklusif hanya boleh didapati di Dior Spa.

PENGALAMAN MENJADI INDIVIDU PERTAMA DI DIOR SPA…

Siapa yang tidak teruja! Saya sentiasa inginkan melakukan rawatan cantik kala berada di atas keretapi! Apabila menerima undangan dari Dior Spa, akhirnya apa yang saya impikan jadi kenyataan. Pengalaman mewah Dior Spa bersama Eastern Oriental Express merupakan kombinasi rawatan elegan Dior disebalik kemewahan Belmond Train.

PERKARA PERTAMA TERLINTAS APABILA MENCUBA RAWATAN CANTIK DI DALAM KERETAPI BERGERAK…

Buat pertama kalinya dalam hidup saya membuat rawatan seperti ini. Cukup menenangkan jiwa! I had a rejuvenating and soothing experience. Selepas habis rawatan, seluruh badan terasa ringan dan segar.