7 Jenama Kecantikan Terkenal Milik Selebriti Lelaki - Page 4 of 7 - Glam Malaysia
7 Jenama Kecantikan Milik Selebriti Lelaki

7 Jenama Kecantikan Terkenal Milik Selebriti Lelaki

Rutin kecantikan kini menjadi norma tanpa mengira jantina. Disebabkan itu semakin ramai ikon Hollywood mengeluarkan jenama kecantikan dan penjagaan kulit sendiri.

Tahun-tahun kebelakangan ini menyaksikan selebriti wanita berlumba-lumba memperkenalkan jenama kecantikan mereka. Antara yang popular adalah Fenty Beauty daripada Rihanna, Rare Beauty daripada Selena Gomez dan Kylie Cosmetics daripada Kylie Jenner. Namun kini artis lelaki kelas-A turut mengambil langkah serupa.

Semak barisan selebriti lelaki Hollywood yang memiliki jenama kecantikan dan penjagaan kulit popular di pasaran.

4 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Twentynine Palms, Jared Leto

Pemenang Oscar ini melancarkan jenama kecantikan mewah Twentynine Palms pada 2022, diilhamkan oleh rasa cintanya terhadap Taman Negara Joshua Tree. Koleksi penjagaan kulit, tubuh dan rambut vegan ini menggunakan bahan botani dari padang pasir Mojave antaranya ekstrak buah kaktus, amaranthus dan evening primrose.

jenama kecantikan selebriti lelaki

Foto: Getty Images

Rangkaian sulungnya menampilkan nama-nama unik termasuk serum Mesquite Springs, pelembap wajah Santa Ana Salve dan rawatan pengelupasan kulit Mesa Mystic. Jenama ini juga menawarkan krim tangan, pembersih tangan dan tubuh, serta syampu dan perapi rambut dengan gabungan aroma kayu putih, pudina, rosemary dan sage.