Koleksi Kaviar Putih Oleh La Prairie Kunci Pencerahan Yang Tiada Tandingan
White Caviar

Koleksi Kaviar Putih Oleh La Prairie Kunci Pencerahan Yang Tiada Tandingan

Tahun 2025 menandakan permulaan era baharu bagi La Prairie melalui koleksi White Caviar dengan pelancaran White Caviar Light Concentrate yang dirumus dengan teknologi inovatif, mencetuskan revolusi dalam penjagaan kulit wajah. White Caviar Light Concentrate ini menggabungkan kepakaran sains sel Switzerland dengan ekstrak kaviar Switzerland yang berharga.

Setiap titisan mengandungi Lumidose™ yang telah dikapsulkan, molekul pencerah kulit yang telah melalui 15 tahun kajian mendalam oleh saintis La Prairie. Keunggulan White Caviar Light Concentrate oleh La Prairie adalah pendekatan pelbagai dimensi terhadap kecerahan kulit. Sains Cahaya La Prairie kini memasuki dimensi ketiga yang luar biasa seperti tekstur kulit. Dengan teknologi pengekapsulan Lumidose™, konsentrat ini bukan sahaja mengatasi masalah bintik hitam dan kesan jerawat, tetapi juga memperbaiki tekstur dan mengukuhkan keanjalan kulit.

Dimensi Baharu Dalam Sains Cahaya

La Prairie

Kompleks Penstrukturan Semula dalam produk ini mengandungi Peptida, Niacinamide, dan Kompleks Sel Eksklusif™ yang digabungkan dengan Mikro-Nutrisi Kaviar untuk membantu pembaharuan sel kulit, meningkatkan penghasilan kolagen, dan mengurangkan ketidakseimbangan pigmentasi. Hasil ujian klinikal menunjukkan keberkesanan yang ketara selepas penggunaan pertama, kelicinan kulit meningkat sebanyak 4 peratus. Dalam masa empat minggu, bintik hitam berkurang 3 peratus, kesan jerawat berkurang 8 peratus, keseragaman tona kulit meningkat 18 peratus, dan penampakan liang kulit berkurang 11 peratus.

See also
GLAM Bersama La Prairie di The Exchange TRX

La Prairie

Untuk hasil optimum, ikuti ritual penjagaan kulit White Caviar bermula dengan pembersihan wajah, diikuti dengan White Caviar Essence Extraordinaire yang menyerap dengan cepat. Jangan lupa sapukan White Caviar Eye Extraordinaire di bahagian sekitar mata. Kemudian, gunakan White Caviar Light Concentrate pada wajah dan leher. Untuk kecerahan tambahan, boleh digandingkan dengan White Caviar Pearl Infusion oleh La Prairie. Seterusnya, pilih antara White Caviar Crème Extraordinaire atau krim Skin Caviar Luxe. Akhir sekali, lengkapkan ritual pagi dengan Cellular Swiss UV Protection Veil untuk melindungi kulit daripada kerosakan sinar matahari.

 

Artikel berkaitan: GLAM Bersama La Prairie di The Exchange TRX