GLAM Bersama La Prairie di The Exchange TRX
Pengalaman Cantik GLAM Bersama La Prairie di The Exchange TRX

GLAM Bersama La Prairie di The Exchange TRX

La Prairie berkolaborasi bersama GLAM buat julung kalinya bersama barisan tetamu elit untuk menghadiri ke butik baharu, The Exchange TRX.

Jenama penjagaan kulit mewah dan premium, La Prairie membuka ruang baru pertama secara ‘standalone’ di The Exchange TRX. Berkonsepkan estetika seni bina kontemporari Swiss, butik ini mewujudkan ruang harmoni dan anggun.

La Prairie X GLAM

Diinspirasikan oleh keanggunan tulen dan canggih senibina kontemporari Swiss. Butik ini membuka ruang mewah dan rekaan dalamannya direka dengan teliti terhadap fokus pada aksen biru dan kelabu kobalt. Yang menyemai suasana kontemporari yang mewah yang menggabungkan keanggunan Switzerland dengan inovasi dengan lancar.

Pengalaman Cantik GLAM

Acara eksklusif ini menjemput 10 tetamu istimewa GLAM antaranya Dato’ Marina Hashim, YBhg To’ Puan Syamim Farid, Lina Rahim, Ziha Salleh, Diyana Azhari, Dr. Amanda, Erin Adlina, Tyra Uzi, Elina dan Siska untuk bersama-sama mengeksplorasi ruang mewah La Prairie.

La Prairie X GLAM

Sesi yang berlangsung selama sejam ini membawa setiap tetamu untuk mengenali dengan lebih dekat setiap rangkaian mewah La Prairie dan kegunaannya. Malah, mereka juga dikejutkan dengan ruang baharu iaitu Art of Beauty, kamar rawatan penjagaan wajah yang bersifat peribadi. Kunjungi La Prairie di The Exchange TRX hari ini untuk menikmati sesi eksklusif.

See also
Seks Ketika Hamil : Bagaimana Ia Membantu Proses Kelahiran?

La Prairie X GLAM

Artikel berkaitan Intipati Mewah La Prairie