Koleksi BALENCIAGA terbaru Dan Perkara Menarik Sepanjang Bulan Ini - Glam Malaysia

Koleksi BALENCIAGA terbaru Dan Perkara Menarik Sepanjang Bulan Ini

Mari kita lihat perkara menarik sepanjang bulan Ini sebelum mengakhiri bulan Februari.

Pembaca GLAM di luar sana pasti tertanya, apakah yang menarik lagi sepanjang bulan Februari ini selain meraikan perayaan Tahun Baru Cina? Semestinya perkembangan dan peredaran kerap berubah demi mengikut trend agar tidak ketinggalan. Di sini GLAM lampirkan beberapa edisi dan perkembangan dalam dunia fesyen untuk anda ketahui. Mari lihat dan selongkar perihal menarik sepanjang bulan ini!

5 Perkara Menarik Sepanjang Bulan Ini Untuk Anda Ketahui!

#1 RAEA

Perkara Menarik Sepanjang Minggu Ini

Jenama pakaian RAEA, jenama yang berkonsepkan pakaian santai urban bagi memenuhi keperluan individu yang mencari gaya keanggunan dan keabadian. Koleksi RAEA direka daripada elemen gabungan romantik dan keberanian yang ideal untuk percutian. Menitikberatkan aspek ketelitian, RAEA juga mewujudkan pengalaman yang menawan sekali gus memberi keserlahan dan keyakinan gaya bagi setiap individu di mana-mana sahaja. Selaras dengan perayaan Hari Raya yang bakal menjelang RAEA melancarkan koleksi RAEA RAYA ‘24 baharu yang direka khas bagi menyempurnakan gaya wanita moden. Setiap helaian koleksi diberi sentuhan kontemporari busana resortwear yang menawarkan gabungan gaya serta keselesaan tersendiri dan identiti di musim perayaan ini.

Koleksi edisi terhad ini turut memberi sentuhan eksklusif bagi RAEA serta menjadikan setiap busana ibarat kanvas untuk mengekspresikan diri. Selain itu, koleksi ini dilengkapi dengan sentuhan menawan daripada pereka fesyen mereka sendiri. Setiap helaian pakaian koleksi ini dinamakan sempena beberapa individu penting yang mencipta sejarah dalam menceburi dunia fesyen. RAEA mementingkan gaya yang berasaskan siluet moden dan praktikal bagi memastikan setiap helaian boleh dipergayakan secara berasingan. Setiap helaian boleh  dipadankan secara pelbagai. Koleksi ini mempunyai 22 jenis helaian artistik yang menampilkan kesatuan dalam harmoni renda, satin, organza bersulam, cetakan dan fabrik bertekstur. Setiap pertimbangan untuk menempatkkan perincian draping, pleat, cowl atau ruching dihitung dengan teliti bagi memastikan setiap elemen desain dapat menghasilkan sentuhan keanggunan dan kelembutan.

See also
Iklan Raya Tangkap Emosi Tahun 2024 Yang Wajib Anda Tonton

#2 BALENCIAGA RODEO BAG

Perkara Menarik Sepanjang Minggu Ini

Jenama BALENCIAGA sementinya mencipta satu lagi fenomena apabila melancarkan BALENCIAGA RODEO BAG. Dilancarkan pada Februari 2024 di butik seluruh dunia. Beg Rodeo Balenciaga mendapat nama semperna kawasan membeli-belah Rodeo Drive di Beverly Hills, persimpangan terkenal dunia mewah dan fesyen.

Pembuatan unik Rodeo menawarkan pemakaian yang versatile dan unik. Bentuknya yang condong memudahkan pemegangan, di mana bahagian depan dibiarkan terbuka dengan sengaja, memberikan kesan estetika laissez-faire. Penutup sisi yang diperkuat dengan teknologi lipatan akordion memberikan pilihan yang lebih ramping namun boleh diperluaskan. Beg Rodeo diperbuat  dengan kulit lembu yang eksklusif serta mewah. Pembuatan Rodeo ini memerlukan kepakaran penyamaan, penyelesaian dan pemotongan yang luar biasa. Beg ini pastinya menjadi kegemaran anda di luar sana yag sukakan gaya serdehana tapi mewah

#3 Pembukaan Butik Sacoor One and Sacoor Blue di TREX

Perkara Menarik Sepanjang Minggu Ini

Pembukaan butik Sacoor One and Sacoor Blue di TRX

Sacoor One dan Sacoor Blue, jenama di bawah Kumpulan Sacoor Brothers, telah secara rasmi membuka pintu mereka di The Exchange TRX. Sempena sambutan Tahun Baru Cina, pelancaran tersebut menampilkan persembahan tarian singa yang mengujakan dan menarik perhatian ramai. Butik terkini yang baru dibuka di TRX mewakili kedai ke-8 untuk Sacoor One dan ke-12 untuk Sacoor Blue di Malaysia, serta memperkenalkan logo terkini Sacoor One untuk pertama kalinya di Malaysia.

See also
Alexander Wang Membawa Haluan Dari Balenciaga

Terletak dalam lokasi strategik ini, butik yang bersambung menawarkan pengalaman yang lancar kepada pembeli untuk menerokai pakaian formal yang berkualiti dari Sacoor One dan pakaian kasual yang serba boleh dari Sacoor Blue. Pastinya peminat produk ini tidak sabar untuk membeli belah dengan pembukaan cawangan yang lebih besar dan banyak pilihan di TRX

#4 GUERLAIN CHERRY BLOSSOM MILLÉSIME 2024 BY PHILIPPE FERRANDIS

Perkara Menarik Sepanjang Minggu Ini

Pada permulaan musim bunga, rakyat Jepun berkumpul untuk memerhati sakura, bunga ceri yang cantik memikat dan memukau bagi setiap yang memandang. Sebuah kelahiran semula yang diraikan setiap tahun di Tanah Matahari Terbit. Pertemuan antara alam semulajadi dan bakat para pereka dengan kepakaran luar biasa telah melahirkan sebuah kerjasama tahunan yang luar biasa untuk meningkatkan taraf Bee Botlte menjadi ikonik. Sebagai penghormatan kepada tradisi ini, Guerlain mengeluarkan edisi terhad dan bernombor baru dari wangian bunga ikonik, Cherry Blossom. Untuk Millésime 2024, Guerlain bekerjasama dengan pengukir perhiasan Perancis, Philippe Ferrandis yang merupakan tokoh utama dalam arena perhiasan Paris.

See also
GLAM Profil: John Ang

Philippe Ferrandis menghasilkan cincin dengan dua kuntum bunga Sakura dalam warna merah muda lembut, emas 24 karat dan kemudian dihiasi dengan kristal berkilauan. Cincin ini diibaratkan sebagai sebuah perisytiharan dan lambang cinta sejati. Cincin ini juga boleh dipakai sebagai barang perhiasan. Yang membuatkan koleksi ini menarik adalah gabungan sempurna antara wangian dan perhiasan yang disatukan dalam satu karya yang sama. Dapatkan minyak wangi edisi terhad ini di Guerlain The Exchange TRX Ultimate Boutique dengan segera kerana hanya 20 item sahaja yang available di Malaysia. Kepada anda yang meminati koleksi ini disarankan untuk membuat pembelian secepat mungkin agar tidak terlepas.