Panduan Penjagaan Kulit Pada Bahagian Intim Wanita

Panduan Penjagaan Kulit Pada Bahagian Intim Wanita

Penjagaan kulit pada bahagian intim yang betul adalah aspek penting dalam kesihatan wanita yang sering diabaikan atau disalahfahami. Bahagian intim wanita mempunyai sistem semula jadi yang kompleks untuk menjaga keseimbangan dan kesihatan. 

Menjaga kulit pada bahagian intim yang betul melibatkan pendekatan yang holistik termasuk kebersihan yang sesuai, pemakanan yang sihat, gaya hidup aktif, dan kesedaran terhadap perubahan dalam badan. Ingat bahawa setiap wanita adalah unik, dan apa yang sesuai untuk seseorang mungkin tidak sesuai untuk yang lain. Yang terpenting adalah mengenal badan sendiri dan tidak teragak-agak untuk mendapatkan nasihat perubatan profesional bila perlu.

GLAM mencadangkan untuk mencuba TWO LIPS, jenama yang berani menangani penjagaan kulit pada bahagian intim wanita, meneruskan usaha untuk memperkasakan individu dan menormalkan perbualan mengenai kesihatan bahagian badan peribadi wanita. Selaras dengan mesej sayangi diri dengan mengamalkan ritual penjagaan peribadi, STRIP mempunyai koleksi penuh TWO LIPS yang berkesan serta memanjakan.

1. SCRUBBS

RM160, 200ml

Anda boleh mulakan rutin mandian harian yang diperkayakan dengan gel pengelupasan (gel exfoliator). Ia mengandungi bahan terbiodegradasi iaitu manik halus Jeli Konjac (Konjac Jelly), dan Serbuk Batu Zaitun Bukan-GMO (GMO – genetically modified organism) yang dikisar sehingga halus agar ia cukup licin untuk menanggalkan sel kulit mati dengan lembut namun efektif.

See also
10 Tip Penjagaan Rambut Keriting

Digabungkan dengan ‘Saccharide Isomerate’, kulit anda akan diselimuti kelembapan padat, membuatkan kulit berasa lembut dan licin. Ia juga terbaik digunakan untuk menyingkirkan sel kulit mati dari permukaan kulit tanpa mewujudkan kerengsaan, dan segar sambil mengekalkan kelembapan.

2. RINSE

RM160, 200ml

Seterusnya, anda boleh menggunakan pembersih badan yang mengandungi pH-balancing. Ia diperkaya dengan prebiotik berasaskan tumbuhan untuk mengimbangi mikrobiom kulit, mempertahankan kulit daripada kelemahan yang boleh membawa kepada petanda kulit sensitif, termasuk kekeringan dan iritasi.

Untuk menenangkan deria, formulasinya terdiri daripada ‘Frankincense’ dan ‘Olibanum’ yang diperoleh secara semula jadi, manakala Asid Laktik menjadikan kulit licin dan gebu dengan menanggalkan sel kulit mati. Apa yang lebih menarik, ia juga diformulasikan agar sesuai digunakan pada vulva, muka dan badan, dan semua jenis kulit. Hasilnya, anda boleh membersihkan kekotoran tanpa menghilangkan minyak semula jadi pada kulit, dan menyokong bakteria sihat dengan prebiotik.

3. JUICE

RM190, 200ml

Langkah terakhir untuk menyempurnakan rutin mandian harian anda adalah dengan menggunakan Juice, pelembap yang ringan. Ia dirumus dengan prebiotik pengimbang-mikrobiom untuk melindungi daripada bakteria buruk dan memulihkan kulit kering dan rosak kepada keadaan asal yang lebih indah. ‘Balm’ badan ini mudah digunakan untuk mengekalkan kelembapan pada tahap selular dan membina daya tahan kulit agar kulit kurang terjejas akibat iritasi disebabkan oleh cuaca.

See also
Tip Mudah Jaga Mata Harus Anda Amalkan

Dirumus dengan ‘Squalene’ untuk membantu menenangkan kulit, Juice adalah penting untuk penjagaan kulit selepas rawatan. Ia juga memastikan kulit kekal lembat dan licin dengan nutrien penting, dan melindungi daripada bakteria berbahaya dan tekanan persekitaran.

TWO LIPS boleh didapati di semua cawangan STRIP Malaysia. Harga produk bermula dari RM70 hingga RM390.

 

Artikel berkaitan: TWO L(I)PS WIPEOUT, Tisu Basah Untuk Bahagian Intim Anda!