Tip Mudah Jaga Mata Yang Boleh Diamalkan
jaga mata

Tip Mudah Jaga Mata Harus Anda Amalkan

Kita sering kali diingatkan untuk jaga mata dengan mengelakkan diri daripada kerap memandang skrin telefon, bukan sahaja boleh merosakkan mata, bahkan kulit sekitar mata turut akan terkesan. Namun, adakah anda ikut amalan ini? 

Berulang-ulang kali guru kecantikan menegaskan bahawa kesihatan kulit sekitar mata amatlah penting. Mungkin anda tidak sedar sekarang, akan tetapi ketahuilah, apabila usia semakin lanjut, sedikit demi sedikit kulit akan kelihatan kesannya. Ketara pula tu!

Bukanlah sesuatu yang susah untuk kita semua jaga mata kita terutama sekali pada bahagian kulit sekitar kawasan mata. Ia adalah antara bahagian kulit paling sensitif dan tahukah anda, ia adalah bahagian paling mudah dan cepat menunjukkan kesan-kesan menua jika tidak dijaga dengan betul?

Amalan gaya hidup kini yang semakin moden membuatkan ramai di luar sana yang asyik dan sering sahaja berkepit dengan telefon pintar. Itu juga antara punca utama mengapa kulit mata dan bahagian lain mudah rosak. Cahaya biru yang terdapat pada skrin mampu memberikan kesan buruk pada mata dan kulit sekitar (menyebabkan timbulnya bintik hitam dan kulit menua) jika ditatap begitu lama.

See also
Priyanka Chopra Tawan Dunia Kecantikan Rambut

Ada langkah pencegahan yang boleh diamalkan jika anda ingin merawat kulit di sekitar bahagian mata. Masih belum terlambat, di samping mengurangkan aktiviti melihat skrin telefon, GLAM kongsikan cara mudah untuk anda jaga mata melalui rutin kecantikan. Ayuh lihat bersama!

Tip Mudah Jaga Mata

#1 Melembap sangat penting dalam penjagaan kulit mata. Pastikan anda memilih krim mata yang penuh hidrasi. Dengan melihat pantulan skrin telefon yang boleh membuatkan kulit kusam dan kering dengan cepat. Jadi penggunaan krim mata amat penting baik dalam rutin cantik sebelah pagi mahupun malam! 

#2 Rutin tradisional boleh dilakukan sebagai langkah tambahan. Mata yang letih bekerja mampu menunjukkan kesan yang ketara. Mata menjadi sembap dan tidak segar. Jadi, tip kami adalah dengan mengamalkan pupur timun setiap hari. Ia mampu mengembalikan mata yang segar.  

#3 Minum air kosong dengan banyak. Bukan sahaja baik untuk tubuh badan, malah cukup bermanfaat untuk kulit terutama sekali pada bahagian mata.

#4 Urut lembut pada bahagian sekeliling mata untuk melancarkan serta merangsang lagi peredaran darah. Lakukan selama 30 saat menggunakan hujung jari-jemari dengan menepuk lembut sambil mengurut dalam gerakan membulat.

See also
Trend Kecantikan Untuk Anda Praktikkan 2021 Ini!

3 Produk Terkini Untuk Jaga Mata Boleh Anda Miliki

jaga mata

Shiseido Legendary Enmei Ultimate Brilliance Eye Cream RM1395

 jaga mata

Caudalie Premier Cru The Eye Cream RM295

jaga mata

Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Eye Cream RM580