7 Jam Tangan Wanita Yang Termahal Di Dunia
jam tangan wanita

7 Jam Tangan Wanita Yang Termahal Di Dunia

Jam tangan bukan sahaja disarung buat melihat masa, namun, ia juga merupakan antara aksesori penting dalam menyerikan kemewahan kala berfesyen. GLAM ingin kongsikan tujuh jam tangan wanita yang termahal di dunia. 

Tidak dinafikan jam tangan berfungsi untuk melihat masa, akan tetapi ia juga boleh dijadikan sebagai pelengkap untuk gaya glamor. Menjadi aksesori yang mewah, jam tangan bukan sahaja mampu menyerlahkan lagi penampilan seseorang, namun ia juga melambangkan status dan gaya hidup si pemakai. Perencah kepada gaya penampilan yang elegan langsung membantu mempertikatkan keyakinan diri, jam tangan ini sebenarnya memiliki pelbagai keistimewaan dalam bergaya.

jam tangan wanita

7 Jam Tangan Wanita Yang Termahal Di Dunia

Lihat beberapa jenama jam tangan wanita termahal yang mana ia dicipta dengan hasil seni yang eksklusif sehingga harganya juga mencecah puluhan juta ringgit.

1. Graff Diamonds Hallucination

Jam tangan paling mahal di dunia ialah Graff Diamonds Hallucination. Jam tangan ini dihiasi dengan lebih daripada 110 karat berlian yang mempunyai pelbagai rona. Berlian warna-warni itu diletakkan pada gelang jenis platinum.

Jam tangan ini dicipta oleh Laurence Graff ketua dari Graff Diamonds dan pemegang saham South African Diamond Corporation. Harga jam tangan ini mencecah $55 juta bersamaan dengan RM263,285,000.00.

See also
GLAM Deko Sajian - Resipi Tat Lemon (Kek & Co)

Gambar : Google

2. Graff Diamonds The Fascination

Graff Diamonds masih menduduki carta antara jam tangan termahal di dunia melalui karyanya The Fascination. Jam tangan ini dihiasi dengan berlian putih 152,96 karat. Jika anda ingin tahu, jam tangan ini amat menarik dan unik. Ia adalah kerana, berlian 38 karat yang berbentuk buah pir di tengah jam ini boleh anda lucut dan disarung sebagai cincin. Bukan itu sahaja, jam tangan ini berharga cecah $40 juta yang bersamaan dengan RM191,480,000.00.

Gambar : Google

3. Jaeger-LeCoultre Joaillerie 101 Manchette

Jaeger-LeCoultre ialah jam tangan mewah dari Switzerland yang diasaskan oleh Antoine LeCoultre pada tahun 1833. Selain itu, jam tangan ini mempunyai sejarah yang panjang dalam pembuatan jam dan telah mencipta jam tangan berkaliber terkecil di dunia. Ini menjadikan Jaeger -LeCoultre adalah jam tangan paling rumit di dunia. 

Jam tangan wanita ini menggunakan mekanisme putaran manual Jaeger-LeCoultre Calibre 101. Terdapat crown rona perak pada bahagian atas wajah jam tangan. Untuk pengetahuan anda, jam tangan ini berharga $26 juta iaitu RM123,710,600.00.

See also
GLAM Weddings: Nelydia Senrose

Gambar : Google

4. Chopard Garden of Kalahari

Jam tangan ini dicipta oleh Chopard. Sejak tahun 1860, jenama ini terkenal dengan barang kemas,aksesori dan jam tangan mewah dari Switzerland. Jenama ini dibangunkan oleh Louis-Ulysse Chopard yang merupakan seorang pembuat jam dari Swiss. Dia juga dikenali sebagai pengasas syarikat jenama Chopard di Sonvilier.

Jam tangan wanita antara yang termahal ini diperbuat daripada emas Fairmined putih 18K dan menggunakan pergerakan yang automatik dengan calibre Chopard’s Haute Horlogerie L.U.C. 96.17-L yang juga hadir dengan micro-rotor platinum.

Gambar : Google

5. Cartier Secret Phoenix Décor

Cartier memperkenalkan jam tangan Cartier Secret Phoenix Décor, iaitu jam tangan wanita paling mahal yang direka khas oleh Cartier. Jam tangan ini dihiasi dengan emas putih 18 karat dan juga memiliki bentuk seperti burung Phoenix yang sedang melebarkan sayapnya. 

Maksud “Secret” pada nama koleksi jam tangan ini adalah terdapat jam tangan yang tersembunyi di sebalik dekorasi Phoenix tersebut. Selain itu, jam tangan ini mempunyai 3.010 berlian iaitu 80.13 karat.

Batu emerald yang menghiasi pada mata burung Phoenix dan mempunyai sebuah berlian berbentuk pear dengan seberat 3.53 karat. Jam tangan ini diletakkan pada harga $2.76 juta bersamaan dengan RM13,132,080.00.

See also
Seri Kilauan Mewah di Oscar!

Gambar : Google

6. Jacob & Co. Caviar Emerald Tourbillon

Jenama Jacob & Co. terkenal dengan koleksi perhiasan dan jam tangan yang diasaskan pada tahun 1986 oleh pereka berlian Jacob Arabo iaitu ketua dari Jacob & Co.. Jam tangan ini sangat istimewa kerana pengeluarannya mengambil masa yang sangat lama iaitu hampirtahun. Jam tangan ini ditawarkan pada harga RM11,419,440.00. 

Gambar : Google

7. Audemars Piguet Sapphire Orbe

The Sapphire Orbe by Audemars Piguet merupakan salah satu jam tangan wanita yang dikeluarkan pada tahun 2015. Jam tangan ini mendapat inspirasi daripada nama sebuah sungai di Le Brassus. Jam ini menampilkan sejumlah tatahan batu permata rona putih juga biru.

Ia juga dihiasi dengan 12.000 batu permata yang cukup berharga bersama kubah biru di tengah. Jam tangan wanita versi Audemars Piguet ini dilengkapi dengan Quartz movement.  Bukan itu sahaja, harganya mencecah $904,000 bersamaan dengan empat juta ringgit Malaysia.

Gambar : Google