RHODE Bakal Berada di Sephora Akhir Tahun 2025 - Glam Malaysia
RHODE Bakal Berada di Sephora Akhir Tahun 2025

RHODE Bakal Berada di Sephora Akhir Tahun 2025

RHODE bakal masuk pasaran Sephora Amerika Syarikat dan Kanada pada musim luruh, seterusnya di pasaran United Kingdom pada akhir 2025.

RHODE

Impian Hailey Bieber kini menjadi nyata! Akhirnya, jenama kecantikan miliknya, RHODE bakal membuka ruang eksklusif di gedung kecantikan terkenal, Sephora. Ia dalam proses berperingkat bermula di pasaran Amerika Syarikat dan Kanada pada musim luruh, seterusnya di pasaran United Kingdom pada akhir 2025.

Penggemar kecantikan di seluruh dunia kini akhirnya boleh akses mudah untuk membeli jenama yang dinanti-nantikan kemunculannya di Sephora! RHODE, jenama penjagaan kulit minimalis yang diasaskan oleh model dan influencer terkenal, Hailey Bieber, akan  melebarkan empayarnya ke gedung kecantikan terkemuka, Sephora.

RHODE

Berita ini dikongsikan oleh laman rasmi Instagram, RHODE. Produk ikonik seperti Peptide Lip Treatment dan Glazing Milk Toner bakal menemui anda dengan akses mudah.

Perkongsian strategik ini merupakan langkah besar bagi RHODE yang sebelum ini hanya beroperasi sebagai jenama terus-kepada-pengguna (direct-to-consumer). Jenama ini telah berjaya membina nama menerusi klien Gen-Z yang setia dengan bintang ini.

See also
Selebriti Yang Pernah Terima Perintah Larangan Daripada Negara Luar

HAILEY BIEBER

“Kami sangat gembira  bahawa koleksi penjagaan kulit dan produk solekan hibrid RHODE akan datang ke Sephora musim luruh ini,” tambah pasukan RHODE dalam pengumuman mereka. “GLAM setia menanti RHODE di Sephora Malaysia pula! Ayuh kita tunggu bersama!

Artikel berkaitan Hailey Beiber Dan Rhode Cetus Kontroversi

RHODE