Trend Kecantikan Pilihan Glam di Minggu Fesyen New York Musim Bunga/Panas 2020 - Page 9 of 10 - Glam Malaysia

Trend Kecantikan Pilihan Glam di Minggu Fesyen New York Musim Bunga/Panas 2020

Setelah beberapa musim yang lalu, trend kecantikan solekan tanpa-solekan telah menerajui dunia kecantikan seluruh dunia. Begitu juga dengan trend “red lips” sebagai salah satu penampilan klasik landasan minggu fesyen. Kini, trend kecantikan sekali lagi digegarkan oleh Minggu Fesyen New York musim bunga dengan beberapa penampilan dramatik. Sesetengah penampilan boleh dijadikan sebagai ilham dan inspirasi untuk dipakai, tetapi sebahagian besar adalah lebih untuk tontonan. Kebanyakan jurusolek profesional telah bersetuju dengan penampilan mata ala Euphoria-inspired, aplikasi penggaris mata yang kreatif, kesan pemerah pipi yang berbeza, dan banyak lagi. Glam menghimpunkan 10 trend kecantikan yang boleh dicuba pakai jika anda ingin mengubah penampilan harian kepada penampilan yang lebih berani.

9 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse
  1. Statement Brows

Photo: Michael Kors

Perapian kening adalah sangat penting untuk struktur wajah. Ramai jurusolek gemar akan solekan kening yang disikat dengan menggunakan berus dan highlighter, mascara, atau produk lain yang boleh menghasilkan bulu kening yang bersinar dan lebih penuh. Penampilan ini boleh dilihat menerusi pertunjukan Michael Kors, Prabal Gurung, Brock Collection dan banyak lagi.