YSL Beauty Lancar LIBRE L’Eau Nue Wangian Bebas Alkohol Pertama
Bayangan cahaya keemasan lautan biru Mediterranean dan insprasi ritual kecantikan Morocco, YSL Beauty cabar deria bau dengan LIBRE L’Eau Nue, wangian bebas alkohol pertama.
Apabila menerima jemputan istimewa dari YSL Beauty, GLAM sangat teruja apabila kembara ini adalah untuk rangkaian wangian ikoniknya, LIBRE. Direktor Kecantikan GLAM, Julia Azman mengikuti kembara eksklusif ini selama 72 jam untuk menjadi saksi akan pelancaran istimewa LIBRE L’Eau Nue.
Pelancaran ini diadakan di destinasi percutian idaman lagi mewah di Anantara Desaru. Sesuai dengan inspirasi utama LIBRE yang mengungkapkan kebebasan musim panas di lautan biru Mediterranean. LIBRE L’Eau Nue bukan sebarangan wangian biasa, ia terhasil daripada teknologi Oil-in-Water yang terinspirasi oleh ritual kecantikan Morocco. Wangian ini juga menawarkan pengalaman penjagaan kulit dan keharuman yang belum pernah wujud.
LIBRE L’Eau Nue adalah Skin Fragrance! Ia diformulasikan secara bebas alkohol dan ia juga adalah yang pertama menjanjikan kelembapan dan keharuman sepanjang hari terutama di musim panas. YSL Beauty pantas mencatat sejarah tersendiri dengan kelahiran wangian inovatif bebas alkohol pertama untuk rangkaian LIBRE. Sejak kemunculan pertamanya pada 2019. LIBRE telah menjadi simbol kepada kebebasan dan keanggunan femini yang berani.
Dengan kehadiran LIBRE L’Eau Nue ia kembali menghidupkan semula semangat yang lebih segar dan mampan! Diinspirasikan oleh kehangatan musim panas Mediterranean, L’Eau Nue bukan sekadar wangian, ia adalah pengalaman deria yang mengagumkan. Formula baharu ini kemuncak dua tahun penyelidikan intensif oleh Perfumer Anne Flipo dan Carlos Benaïm, yang menguji lebih 60 formula untuk mencapai keseimbangan sempurna antara keharuman dan penjagaan kulit. Bercerita tentang rahsia ramuan untuk LIBRE L’Eau Nue, GLAM hadir ke sesi pengalaman wangian bersama pakar wangian dan Education Manager YSL Beauty. Sesi ringkas ini menunjukkan ramuan utama yang ada dalam wangian bebas alkohol ini.
Aroma Segar L’Eau Nue Terbang Bebas Di Udara Anantara, Desaru
Bayangan diri berada di laut Mediterranean yang disinari matahari, lagi sempurna udara dipenuhi dengan aroma sitrus segar dan Orange Blossom yang memukau. Esensi ini ditambah pula bersama Mandarin Hijau dan bergamot Calabria yang pekat memberikan nota atas cukup menyegarkan. Aroma ini membasahi kawasan peranginan di Anantara.
Orange Blossom yang terkandung dalam LIBRE adalah dipetik khas dari Taman Komuniti Ourika YSL di Morocco. Lagi menarik mengenai teknologi Oil-in-Water ini terilham dari ritual penjagaan kulit di Morocco. Formula ini memberi manfaat kepada kulit dan rambut. Kerana ia boleh disembur pada permukaan rambut dan juga kulit badan.
Bukan Sekadar Wangian, Ia Adalah Wangian Kulit
Menurut ujikaji terhadap 113 wanita di Amerika Syarikat, masing-masing bersetuju dengan kehadiran formula unik LIBRE L’Eau Nue ini tahan sepanjang hari pada kulit, kulit tampak berseri dan teksturnya tidak melekit dan tidak berminyak.
Botol ikonik LIBRE L’Eau Nue yang direka berani dan moden ini ditampilkan dalam kemasan seramik putih yang elegan yang mencerminkan formulanya berasaskan air. Lambang logo YSL emas yang bersinar ibarat sinaran mentari.
Bila melihat LIBRE pasti teringat dutanya, Dua Lipa. Duta Global YSL Beauty ini juga beraksi untuk kempen LIBRE L’Eau Nue yang tampil bersemangat sambil menikmati kebebasan musim panasnya dan disebalik latar belakang lagu “Freedom” yang diangkat sebagai lagu tema kempen ini.
Untuk alami pengalaman di musim panas bersama LIBRE L’Eau Nue, YSL Beauty juga menawarkan barisan produk lengkap yang anda boleh gandakan sepeti Libre Body Oil, Body Balm, Hair Mist dan Hand Cream. Kunjungi LIBRE L’Eau Nue Summer Pop-Up yang kini sedang berlangsung di Mid Valley Megamall Centre Court, Kuala Lumpur sehingga 18 Mei 2025 dengan pra- daftar di SINI untuk menerima kejutan khas dari YSL Beauty.
Artikel berkaitan The Slim Velvet Radical Bintang Gincu Baharu YSL Beauty