8 Highlights Rambut Pilihan Selebriti - Glam Malaysia

8 Highlights Rambut Pilihan Selebriti

1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Gaya sinaran highlights pada rambut sememangnya digemari wanita, ia memberi nafas baru pada warna rambut yang asli. Ketahui apa lapan gaya sensasi rambut berikut sebagai inspirasi buat anda ke salon!

Ternyata ada sebabnya mengapa gaya highlights pada rambut tetap menjadi pujaan ramai wanita, walaupun gaya sering berubah mengikut peredaran masa. Kadang kala, perubahan warna berlaku secara semula jadi pada pelbagai warna rambut yang berbeza. Fenomena ini telah berubah menjadi sebagai kaedah yang telah dicuba pakai oleh ramai wanita terutamanya selebriti-selebriti terkenal. Tidak disangkalkan lagi, perihal ini menampilkan gaya rambut yang lebih menyegarkan wajah tanpa komitmen yang banyak. Selain itu, beberapa gaya highlights pada rambut sengaja ditempatkan secara strategik malah menjadikan helaian rambut yang nipis kelihatan lebih tebal. Tetapi menariknya mengenai highlights pada rambut, ia terlalu versatil dan mampu menimbulkan sumber keraguan bagi sesiapa yang menginginkannya.

 

Begitu banyak pilihan di luar sana dalam menyulamkan ilham buat gaya rambut, bagaimana kiranya untuk memilih warna highlights yang sesuai dipadankan dengan gaya dan warna rambut yang dimiliki. Banyak juga tanda tanya yang akan timbul, seperti sama ada ia sesuai dikenakan atas dasar bentuk wajah atau seluruh kepala? Adakah gaya highlights sesuai buat helaian yang nipis atau tebal? Adakah gaya rambut ini sesuai buat penampilan yang lebih menarik sepanjang masa? Maka, sebelum anda membuat keputusan, fikirkan warna asas buat rambut yang dimiliki (atau diingini), serta lakukan perundingan dengan pendandan rambut untuk melihat apa yang sesuai dengan warna, tekstur, dan gaya hidup anda.

See also
Kendall Jenner Bintangi Kempen Tiffany & Co. Koleksi Musim Bunga 2019

 

Artikel berkaitan 5 Tips Mendapatkan Rambut Yang Sihat dan Menawan

Tetapi, apa yang paling penting adalah sedikit cetusan inspirasi yang dapat menimbulkan semangat dan kepercayaan diri dalam mendapatkan gaya highlights pada rambut. GLAM menyenaraikan lapan (8) gaya highlights pada rambut kegemaran sepanjang masa, daripada selebriti terkenal!