GLAM 101 : Vivacious Versace! - Page 2 of 3 - Glam Malaysia

GLAM 101 : Vivacious Versace!

Rekaan Versace yang sensual dengan karakter bersemangat padu sudah pun membaluti ramai personaliti wanita terkemuka dunia seperti Madonna, Lady Gaga, Jennifer Lopez dan Halle Berry. Jenama ini turut menjadi kegemaran Lady Diana yang mencipta momen penting fesyen dengan menyarung dress mini hitam menampakkan susuk tubuhnya dan dress itu digelar ‘The Divorce Dress’. Legasi Versace yang berani dan penuh berahi terus dijulang sehingga sekarang.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. Gianni Versace meninggal dunia apabila ditembak oleh Andrew Cunanan pada 15 Julai 1997. Metropolitan Museum of Art di New York turut mengadakan servis memperingati pemergiannya. Tempatnya sebagai Pengarah Kreatif Versace digantikan oleh adiknya Donatella Versace. Gianni Versace meninggalkan 50 peratus kekayaan miliknya kepada Allegra Versace.

BUKU NUKILAN DONATELLA VERSACE INI MENGHIMPUNKAN KOLEKSI IMEJ-IMEJ INDAH DARIPADA ARKIB PERIBADI VERSACE, DILANCARKAN PADA TAHUN 2016.