HOT SUMMER LOVE! 3 Koleksi Musim Panas Pilihan GLAM - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
HOT SUMMER LOVE! 3 Koleksi Musim Panas Pilihan GLAM

HOT SUMMER LOVE! 3 Koleksi Musim Panas Pilihan GLAM

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

M05CH1N0 JEANS

MOSCHINO memperkenalkan M05CH1N0 JEANS, rangkaian baharu ‘ready to wear’ dan pilihan aksesori yang diilhamkan oleh budaya, sejarah dan warisan denim. Koleksi yang ditampilkan bertepatan dengan penampilan musim panas. Ia menangkap semangat klasik budaya denim melalui penggunaan reka bentuk kontemporari dan teknik pembuatan. 

Koleksi ini memberi penghormatan kepada nilai-nilai murni jenama iaitu simbol kebudayaan sebagai satu bentuk ekspresi artistik, dan menampilkan ‘stone washed’, tampalan sulam, denim lusuh dan kemas pada tekstil yang tidak konvensional. 

Setiap rekaan memiliki unsur feminin dan maskulin sebagai aksen utama. Beberapa rekaan diinfusikan dengan aksentuasi warna pink, biru dan hitam dengan kombinasi two tone berpadanan aksesori yang bold. Pelbagai rekaan yang menarik sesuai buat melengkapi penampilan percutian musim panas kali ini. 

Artikel berkaitan: Lima Item Fesyen Pilihan Editor Fesyen GLAM