La Gaia Collection, Kemilau Raya Diamond & Platinum dan Nurita Harith - Page 2 of 5 - Glam Malaysia

La Gaia Collection, Kemilau Raya Diamond & Platinum dan Nurita Harith

La Gaia Collection, sebuah koleksi berlian hasil kolaborasi indah Diamond & Platinum bersama pereka tempatan terkemuka, Nurita Harith, bersempena Hari Raya tahun ini.

Pastinya semua wanita ingin kelihatan ekstra istimewa di pagi Raya, menyarung anggun busana tradisional bersama padanan barang perhiasan diri yang mewah lagi glamor. Berlian adalah padanan paling cocok sekali untuk digayakan pada hari indah ini. Bersama Diamond & Platinum yang mencipta koleksi terkini, La Gaia, GLAM kongsikan aksesori terbaik mereka untuk anda miliki. 

Siapa sahaja yang tidak mengenali pereka tersohor Nurita Harith. Jenamanya yang mengetengahkan keanggunan wanita dalam setiap siluet membuatkan koleksi kolaborasi ini cukup unik dan istimewa. Ini dapat disaksikan menerusi setiap rekaan perhiasan di dalam La Gaia Collection ini. Pemilihan rekaan swirling curves, droplets juga antara gaya signatur dalam koleksi ini. Tampil dengan 6 aksesori, antaranya adalah anting-anting, rantai juga gelang tangan.

La Gaia Collection Pilihan GLAM di Hari Lebaran

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

#2 Kerongsang Berjuntai Diamond Wreath

Lengkapkan lagi gaya busana hari Raya anda dengan titipan kerongsang mewah daripada koleksi Diamond & Platinum bersama Nurita Harith ini. Mencipta nada elegan pada barang kemas yang mengangkat gaya glamor dengan tatahan 61 berlian bulat dan diperbuat pula daripada emas putih 18K ini adalah segalanya yang anda perlukan. 

La Gaia Collection