Simbolik Cincin Berlian Terbaharu Meghan Markle - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Simbolik Cincin Berlian Terbaharu Meghan Markle

Simbolik Cincin Berlian Terbaharu Meghan Markle

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pengasas Shiffon Co, Shilpa Yarlagadda sempat meluahkan keterujaan apabila jenama miliknya menjadi pilihan ibu kepada dua cahaya mata itu.

“Apabila Meghan menyarung cincin kami, ia merupakan satu momen luar biasa. Saya sentiasa terinspirasi dengan dirinya,” katanya merujuk kepada sorotan kerjaya Duchess of Sussex.

“Segala yang dilakukannya adalah berdasarkan niat, pemikiran dan impak yang boleh diberikannya. Saya tahu apabila dia menyarung barang kemas, pasti ada banyak tujuan di sebaliknya. Kami sama-sama mengambil berat tentang pemerkasaan wanita,” tambah Shilpa.

1972 Tennis Pinky Ring yang bernilai sekitar RM12,500 itu merupakan versi terbaharu Duet Pinky Ring yang turut dimiliki Duchess of Sussex. Dia menyarung cincin tersebut ketika membuat liputan majalah TIME bersama Putera Harry.

meghan markle

Foto: Getty Images

 

Foto: Getty Images

 

Baca: Gaun Ikonik Meghan Markle Dinobat Dress Of The Year 2021