Pelakon berusia 36 tahun ini dirakam menyarung gaun perkahwinannnya ke tiga acara berlainan. Kali pertama dia mengenakan gaun pendek bersama skirt tulle Chanel itu adalah ketika menghadiri pra-parti BAFTAs pada 2008, sebelum menyarungnya kala bergelar ratu hari pada 2013. Tahun yang sama, dia sekali lagi tampil dalam busana tersebut di SeriousFun Gala.