10 Buku Fiksyen Terbaik Yang Diadaptasi Jadi Filem, Tapi Buku Lebih Hebat!
Pernahkah anda tonton satu filem yang begitu terkesan sehingga terbayang-bayang dan selepas itu baharu anda tahu yang mana ia diadaptasi daripada buku? Anda tidak keseorangan. Banyak filem box office sebenarnya berasal dari buku fiksyen yang sudah lama menambat hati pembaca sebelum ia ditayangkan di pawagam.
Membaca buku memberi lebih daripada sekadar “bab tambahan.” Anda akan temui perkembangan watak yang lebih mendalam, monolog dalaman, dan perincian menarik yang kadang-kadang dipotong di dalam filem. Sama ada anda peminat buku, penggemar filem, atau seseorang yang mencari cerita baru untuk dilayan, senarai ini yang wajib anda teroka.
Daripada dunia fantasi ke thriller psikologi, berikut adalah 10 buku fiksyen yang diadaptasi menjadi filem yang anda mesti baca terlebih dahulu. Sebelum anda tekan play, cuba selami kisah asal yang lebih lengkap dan mengasyikkan.
1. The Hunger Games (Penulis: Suzanne Collins)
Sebelum Jennifer Lawrence menjadi Katniss Everdeen, The Hunger Games adalah sebuah buku fiksyen dystopia penuh ketegangan. Ia mengisahkan Katniss yang terpaksa bertarung dalam pertandingan maut yang disiarkan secara langsung, Hunger Games. Buku ini padat dengan aksi, politik, dan emosi, jauh lebih terperinci berbanding versi filem.
2. The Lord of the Rings (Penulis: J.R.R. Tolkien)
Trilogi Peter Jackson memang legenda, tapi tiada tandingan dengan epik asalnya. The Lord of the Rings membawa anda ke dunia Middle-earth yang penuh dengan sejarah, makhluk ajaib, dan perjuangan epik untuk memusnahkan One Ring. Buku ini wajib untuk peminat fantasi sejati.
3. Buku fiksyen Gone Girl (Penulis: Gillian Flynn)
Penuh kejutan dan plot twist, Gone Girl ialah thriller psikologi tentang kehilangan Amy Dunne dan misteri di sebalik suaminya, Nick. Filemnya berjaya, tetapi buku ini jauh lebih mendalam dengan naratif bergilir dari sudut pandang dua watak utama.
4. The Fault in Our Stars (Penulis: John Green)
Kisah cinta remaja yang menyentuh hati ini mengisahkan Hazel dan Gus, dua pesakit kanser yang jatuh cinta. Buku ini sangat jujur, lucu, dan menyayat hati. Filemnya sedih, tetapi buku ini membawa anda lebih dekat dengan perjuangan dan cinta mereka.
5. Buku fiksyen The Great Gatsby (Penulis: F. Scott Fitzgerald)
Disetkan pada era 1920-an, The Great Gatsby ialah kisah klasik tentang cinta, kekayaan dan impian Amerika. Jay Gatsby mengadakan parti besar untuk memenangi kembali cinta lamanya. Filemnya memukau, tetapi keindahan bahasa dalam buku ini sukar ditandingi.
6. To Kill a Mockingbird (Penulis: Harper Lee)
Novel pemenang Pulitzer ini bukan sekadar kisah kanak-kanak membesar, tetapi juga kritikan tajam terhadap perkauman dan keadilan. Scout Finch melihat dunia melalui lensa bapanya, Atticus, yang mempertahankan seorang lelaki kulit hitam yang tidak bersalah. Buku ini masih relevan hingga kini.
7. Buku fiksyen The Shining (Penulis: Stephen King)
Versi filem arahan Stanley Kubrick memang seram, tapi buku asal Stephen King lebih menakutkan secara psikologi. Kisah Jack Torrance yang perlahan-lahan hilang kewarasan di Hotel Overlook adalah pengalaman seram yang lebih dalam apabila dibaca.
8. Pride and Prejudice (Penulis: Jane Austen)
Jika anda seorang peminat drama zaman dahulu kala, Pride and Prejudice adalah kisah cinta klasik. Elizabeth Bennet dan Mr. Darcy dengan dialog cerdik dan cinta berputik pasti buat anda tersenyum sendiri. Banyak babak adaptasi yang dibuat, tetapi buku asalnya tetap yang terbaik.
9. Buku fiksyen Life of Pi (Penulis: Yann Martel)
Kisah kerohanian dan pengembaraan ini menceritakan Pi, seorang remaja yang terdampar di laut bersama seekor harimau selepas kapal yang dinaikinya karam. Filemnya penuh visual indah, tetapi bukunya lebih mendalam dari segi falsafah, kepercayaan dan realiti.
10. Little Women (Penulis: Louisa May Alcott)
Mengisahkan empat adik-beradik March, buku fiksyen ini menyentuh tentang keluarga, cita-cita dan peranan wanita. Adaptasi filem 2019 oleh Greta Gerwig sangat berjaya, tetapi versi buku sarat dengan emosi dan kebijaksanaan yang kekal relevan hingga ke hari ini.
Filem sudah semestinya memberi hiburan instant, tetapi buku fiksyen membawa anda masuk ke dunia yang penuh emosi dan sarat makna. Semua buku dalam senarai ini bukan sekadar kisah hebat, ia boleh dikatakan dapat memberikan perjalanan pengalaman yang akan kekal dalam ingatan. Jadi, sebelum tonton filemnya, cuba baca terlebih dahulu buku fiksyen sebenarnya yang pasti lebih lengkap dan menyentuh jiwa.
Artikel berkaitan: Add To Cart: 5 Buku Meja Kopi