GLAM Diari: M Social Resort Penang Percutian Dengan Jiwa Pulau Pinang
Ada sesuatu tentang Pulau Pinang yang sentiasa mengundang rindu. Lautnya tenang, warisannya kaya, dan sekarang destinasi ini punya wajah baharu yang lebih berani. Awal Julai lalu, team GLAM di jemput ke sini atas jemputan istimewa sebagai wakil GLAM, menyertai press trip ke M Social Resort Penang, resort gaya hidup yang mengangkat identiti tempatan dengan rekaan global. Turut serta dalam perjalanan ini ialah rakan-rakan media dan personaliti sosial seperti Nikkid Hillon dan Khainina Khalil, masing-masing membawa warna mereka tersendiri ke acara penuh gaya ini.
Majlis pelancaran M Social Resort Penang berlangsung pada 9 Julai 2025 dengan penuh adat dan kehangatan. Tarian singa, letupan mercun, suasana yang cukup meriah. Upacara perasmian disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib dan Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah, disaksikan pula oleh Dato’ Yeoh Soon Hin, Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia. Ketika di Grand Ballroom, sesi tandatangan digital mengukuhkan lagi komitmen M Social terhadap inovasi dan komuniti. Saat petang berganti malam, pentas diambil alih oleh Chelsia Ng, menyampaikan lagu dengan emosi yang cukup mendalam, sebuah penutup yang menyentuh hati.
[Dari kiri ke kanan]:
Encik Benedict Ng (Naib Presiden Operasi, Asia Tenggara, Millennium Hotels and Resorts)
Encik Saurabh Prakash (Pemangku Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Komersial, Millennium Hotels and Resorts)
Encik Tan Kian Seng (Pembantu Khas kepada Pengerusi)
Encik Chia Ngiang Hong (Pengurus Besar Kumpulan, City Developments Limited)
Yang Berbahagia Dato’ Yeoh Soon Hin (Timbalan Pengerusi, Tourism Malaysia)
Encik Kwek Leng Beng (Pengerusi Eksekutif, Kumpulan Hong Leong Singapura; Pengerusi Eksekutif, City Developments Limited; Pengerusi Eksekutif, Millennium Hotels and Resorts)
Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib (Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang)
Yang Berhormat Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah
Puan Cecelia Kwek (Pengerusi)
Yang Berbahagia Datin Joelyn Teoh
Puan Poh Cheng Kin (Pengarah)
Puan Sheila Tan (Pengarah)
Cik Carolyn Wishnowski (Naib Presiden Penjenamaan Global, Kesetiaan dan Pemasaran, Millennium Hotels and Resorts)
Cik Jasmine Keh (Pengurus Besar, M Social Resort Penang)
Ruang yang Dicipta untuk Dinikmati, Bukan Sekadar Didiami
M Social Resort Penang ini berdiri megah di Tanjung Bungah, diapit laut dan bukit. Ia menawarkan 318 bilik dan suite, dibahagi kepada dua sayap: Sunset Bay Wing, yang menghadap laut biru membiru, dan Azure Wing, lebih santai dan sesuai buat keluarga. Masuk ke dalam bilik, anda akan temui sentuhan Peranakan yang halus, warna-warna tropika seperti sea green, rose pink dan sky blue, dipadankan dengan corak geometri yang menggamit nostalgia. Namun bukan sekadar cantik, teknologi pintar juga memainkan peranan. Bayangkan pembantu suara AI di dalam bilik, TV pintar bersaiz 55 inci, dan Wi-Fi sepantas kilat, semua tersedia untuk keselesaan maksimum.
Jenis Bilik & Suite di M Social Resort Penang
Social Cosy Room
Studio seluas 32 m² dengan cahaya semula jadi yang cukup dari pintu gelangsar besar, sesuai untuk dua dewasa dan seorang kanak-kanak. Dilengkapi dengan katil King (atau dua katil bujang), pemandangan separa laut dan kemudahan seperti cerek elektrik, TV dan peti keselamatan.
Stylish Terrace Room
Dengan keluasan 33 m², bilik ini mempunyai balkoni peribadi dan akses terus ke pantai, ideal untuk pasangan atau pengembara solo menghayati pemandangan laut sambil menikmati ketenangan .
Stylish Family Room
Rekaan mesra keluarga, berkeluasan 36 m² menempatkan katil King dan katil bujang, serta balkoni pantai, lengkap dengan akses langsung ke pasir dan suasana santai tropika .
Social Junior Suite
Suite luas 40 m² menawarkan pemandangan pantai utara Pulau Pinang dengan katil King, balkoni dan ruang hidup yang elegan, sesuai untuk pasangan mahukan ruang lebih luas .
Social Executive Suite
Menyediakan keselesaan premium dengan ruang 80 m² termasuk ruang tamu, balkoni, serta panorama laut yang menawan dari utara pulau .
Social Grand Suite
Untuk kemewahan maksimum, suite 160 m² ini dilengkapi balkoni luas, ruang tamu berasingan dan peluang menikmati matahari terbenam yang memukau .
Pengalaman Deria di Setiap Sudut

Beast & Butterflies
Apabila melangkah masuk ke Beast & Butterflies, restoran utama M Social Resort Penang, setiap suapan terasa seperti percutian kecil di atas pinggan. Gabungan rasa lokal dan global disaji dalam gaya penuh imaginasi.

The Social Hub
Buat yang ingin bersantai sambil berbual ringan, The Social Hub menanti dengan menu minum teh petang dan koktel. Manakala di tepi kolam, Breezy Bites pula mencuri tumpuan dengan makanan ringan, muzik hidup dan suasana yang santai, seolah-olah tiada masa yang dibazirkan.

Breezy Bites
Malam di M Social Resort Penang Tidak Hanya Cantik, Tapi Penuh Jiwa
Selepas matahari terbenam, resort berubah menjadi ruang pesta gaya urban. Alunan suara Elvira Arul, pertunjukan violin LED yang memukau, dan set penuh tenaga oleh DJ Nikki menjadikan malam itu lebih dari sekadar hiburan, ia adalah perayaan rasa dan identiti yang berpadu dalam satu pengalaman yang hanya M Social mampu tawarkan.
https://www.instagram.com/p/DMO0tRVPch9/
Promosi Eksklusif M Social Resort Penang: Untuk Anda, Pembaca GLAM
Sebagai penghargaan kepada pembaca GLAM, M Social Resort Penang mempersembahkan tawaran istimewa buat anda yang mengidamkan percutian dengan cita rasa tersendiri:
Tempoh Tempahan: Kini hingga 31 Ogos 2025
Tempoh Penginapan: Kini hingga 31 Disember 2025
Jenis bilik: Semua kategori bilik layak untuk promosi ini
Tempahan melalui: Laman web rasmi Millennium Hotels atau aplikasi mudah alih MyMillennium
Tawaran Eksklusif:
-
Diskaun 5% untuk kadar Flexible Rate atau Flexible Rate with Breakfast
-
Naik taraf bilik secara percuma (bergantung kepada ketersediaan)
-
Diskaun 20% untuk makanan dan minuman di restoran dalam resort
Gunakan kod promosi: GLAMxMSRP
*Tertakluk kepada polisi pembatalan standard hotel.
M Social Resort Penang bukan hanya destinasi. Ia sebuah perjalanan penuh rasa, penuh cerita, dan penuh gaya. Dan buat anda yang percaya bahawa setiap percutian harus punya identiti, inilah tempat untuk mulakan babak baharu.
Artikel berkaitan: Hotel Menarik Mesti Kunjung di Pulau Pinang