Jelajah Victoria: Chic Adventure with JUCY - Glam Malaysia

Jelajah Victoria: Chic Adventure with JUCY

JUCY, jenama pelancongan yang terkenal dengan campervan ikonik berwarna hijau ungu, menjanjikan pengembaraan yang menyeronokkan di Australia.

Berasal dari New Zealand dan diasaskan pada tahun 2001, JUCY kini beroperasi meluas di Australia dan menjadi pilihan utama pengembara yang ingin menjelajah secara fleksibel dan penuh gaya.

Pengembaraan bersama JUCY

Bagi yang merancang untuk meneroka keindahan Victoria, dari bandar Melbourne hingga ke Great Ocean Road, campervan JUCY 4-Berth Condo adalah pilihan ideal untuk keselesaan dan kebebasan sepanjang perjalanan.

Selain itu, syarikat penerbangan AirAsia X juga menawarkan perjalanan terus dari Kuala Lumpur ke Melbourne. Tiba sahaja di Melbourne, anda boleh mengambil campervan JUCY yang telah ditempah lebih awal dan terus memulakan perjalanan merentasi destinasi menakjubkan seperti Apollo Bay, Port Campbell, dan Port Fairy. Gabungan penerbangan kos rendah yang selesa dan campervan serba lengkap memberi peluang kepada pelancong untuk meneroka lebih jauh tanpa membebankan poket.

Model 4-Berth Condo ini sesuai untuk empat orang dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti dapur mini, dua katil double, tandas, pancuran mandian air panas, peti sejuk, dan ruang makan yang boleh ditukar menjadi ruang tidur. Ia umpama rumah bergerak yang direka untuk menjadikan perjalanan lebih mudah, teratur dan menyeronokkan. Tiada lagi keperluan untuk hotel atau mencari tempat makan setiap kali berhenti.

See also
RIMOWA Holiday Case Pilihan Sempurna Untuk Percutian

Perjalanan merentasi destinasi ikonik seperti Twelve Apostles dan Great Ocean Road menjadi lebih menarik dengan campervan kerana anda bebas berhenti di lokasi pilihan untuk bersantai, bergambar atau memasak hidangan sendiri. Selain menjimatkan kos penginapan, ia juga membebaskan anda daripada tekanan jadual yang padat dan tidak perlu risau tentang masa daftar masuk atau keluar hotel.

Dengan JUCY dan AirAsia X, setiap percutian boleh menjadi satu kisah yang tersendiri, peribadi dan bebas. Sama ada melancong secara solo, berdua atau bersama keluarga kecil, pengalaman menaiki campervan di bumi Australia adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Dari langit ke jalan raya, pengembaraan ini menjanjikan kenangan yang unik di mana setiap hentian membawa senyuman dan setiap pemandangan menjadi latar belakang kepada cerita yang tidak ternilai.

Artikel Berkaitan: Ada Apa Dengan Tasmania, Australia?