Jason, 42 dan Lisa, 54 mula menjalin hubungan cinta pada 2005 selepas diperkenalkan menerusi seorang kenalan di kelab jazz.
Pada 2007, mereka menimang cahaya mata perempuan, Lola dan seorang anak lelaki, Nakoa-Wolf setahun kemudian.
Lisa juga mempunyai seorang lagi anak perempuan, aktres Zoe Kravitz hasil perkongsian hidup dengan bekas suami yang merupakan pemuzik terkenal, Lenny Kravitz.