Mandarin Oriental Takes Desaru Coast!

Mandarin Oriental Takes Desaru Coast!

Mandarin Oriental, jenama hotel mewah bertaraf dunia bakal membuka resort baharu di Desaru Coast, Johor!

Terletak di kawasan seluas 128 ekar yang dipenuhi hutan hujan tropika dan menghadap pantai indah menghala ke Laut China Selatan, hartanah ini dijangka menyertai portfolio Mandarin Oriental dalam masa terdekat sebelum dilancarkan semula secara rasmi sebagai Mandarin Oriental, Desaru Coast pada Januari 2026.

Mandarin Oriental memperluas ke negeri Johor

Desaru Coast merupakan destinasi pelancongan yang semakin pesat membangun, dikenali dengan keindahan pantainya yang tidak tercemar, iklim tropika yang menyenangkan sepanjang tahun serta persekitaran semula jadi yang menenangkan. Resort ini akan melengkapi lokasi sedia ada Mandarin Oriental di Kuala Lumpur dan Singapura, serta mencerminkan komitmen jenama ini untuk mengukuhkan kehadirannya di destinasi resort terkemuka di rantau ini.

Resort ini direka oleh mendiang Kerry Hill dan pasukannya di Kerry Hill Architects, serta merupakan projek terakhir beliau yang menampilkan pendekatan seni bina tropika moden. Ia menawarkan 44 suite dan vila yang luas dengan pemandangan laut atau hutan, kebanyakannya dilengkapi kolam celup dan taman peribadi.

See also
Kembara Shalma Ainaa di Resorts World Sentosa, Singapura

Pilihan sajian merangkumi lima destinasi kulinari yang menampilkan masakan antarabangsa dan tempatan, termasuk sebuah beach club yang eksklusif dan lounge bar yang menghadap pemandangan pantai.

Kemudahan kesihatan dan kesejahteraan turut dititikberatkan dengan kehadiran The Spa at Mandarin Oriental yang menawarkan rawatan khas, pavillion yoga, pusat kecergasan, salon kecantikan serta gelanggang tenis dan padel. Buat keluarga, terdapat kelab kanak-kanak yang lengkap dengan kemudahan dalaman, taman permainan luar dan kolam semula jadi yang memberi pengalaman pembelajaran dan eksplorasi.

Bagi penggemar golf, resort ini menyediakan akses kepada Els Club Desaru Coast yang menampilkan dua padang golf kejohanan iaitu Ocean Course dan Valley Course, masing-masing direka oleh Ernie Els dan Vijay Singh. Mandarin Oriental juga merancang pembinaan 40 unit kediaman berjenama yang bakal memberi peluang kepada pemilik untuk menikmati gaya hidup eksklusif dengan perkhidmatan bertaraf lima bintang dalam suasana kediaman peribadi.

Artikel Berkaitan: Raikan Kekuatan Kasih Ibu Bersama Tiffany & Co.