GBC EKSKLUSIF :Rutin Ini Dilakukan Oleh Intan Najuwa Beberapa Jam Sebelum Bernikah!
Lumrah nak berkahwin, pasti tertinggal rutin wajib! Intan Najuwa sempat meluangkan masa terhadnya bersama GBC sebelum hari pernikahannya.
Seminggu sebelum hari pernikahan Intan Najuwa, saya menelefon aktres terkena ini untuk bertanya adakah dia berminat untuk membuat beauty content eksklusif hanya untuk tontonan ahli GBC! Pada mulanya, saya agak risau jika idea ditolak dek kekangan masa! Tetapi katanya, “Jules, why not! Let’s do it, Let’s squeezed our time together before my day!”
Ibarat bulan jatuh ke riba! Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, saya sampai ke destinasi yang tertera dalam kad jemputan sehari awal. Untuk preparation content bersama Intan. Pada mulanya, saya ingin membuat content- ‘24 Jam bersama Intan Najuwa menjelang pernikahannya’. Namun apakan daya, bakal pengantin terlalu sibuk! Jadi saya menukar direction kepada sesuatu yang lebih mudah untuk dirinya.
Hari pertama tidak berjaya. Kami bertemu di hari pernikahannya tetapi di belah pagi sebelum sesi solekannya. Jam tepat 10 pagi, saya terpacak di Villa One, One&Only Desaru seperti yang dirancangkan. Disapa lembut bakal pengantin! Kata Datin Intan, kulitnya agak kusam dan terserlah puffiness di bawah mata. Riak paniknya terserlah kerana dia tidak sempat membawa beg barangan penjagaan kulitnya.
Kelam-kabut dari Johor Bahru ke Desaru sehingga tertinggal barangan pentingnya. Saya kata, ini adalah normal buat bakal pengantin, pasti ada tertinggal barangan yang penting. Kami berdua singgah ke Kafe di One&Only untuk dia start her morning routine, bersama Coffe Latte. Sambil dia menikmati Coffe Latte, saya mengajukan beberapa soalan cantik dan gaya hidup individu bernama Intan Najuwa.

Gambar oleh CST Production
BUAL CANTIK BERSAMA INTAN NAJUWA.
Terapi kecantikan terakhir you buat sebelum menjelang hari pernikahan…
Hanya rawatan wajah biasa di pusat rawatan penjagaan wajah di Kuala Lumpur. Rawatan untuk kulit kekal hidrasi dan cerah pilihan terakhir saya sebelum berangkat ke Johor Bahru.
Dari mana you dapat idea merendam wajah dalam bekas berisi ais?
Ia digelar sebagai Ice Facial atau Cold Therapy! Supermodel terkenal, Bella Hadid sering melakukan rutin ini sebelum dia ke pentas peragaan. Saya ada terbaca satu artikel di laman Allure. Rawatan ini kian popular dan mudah untuk dilakukan di rumah. Oleh sebab, saya tidak ada masa untuk betul-betul rehat beberapa hari sebelum bernikah. Lingkaran mata jelas kelihatan! Dengan merendamkan wajah untuk beberapa saat, dengan segera wajah kembali segar! Eliminate puffiness, mengecutkan bintik jerawat halus dan mengurangkan kesan iritasi atau kemerahan pada wajah. Banyak lagi tip berguna bersama Ice Facial ini! Anda boleh cuba di rumah.

Bella Hadid merendam wajah dalam bekas berisi ais
Pilihan haruman mewah sewaktu pernikahan
Christian Dior La Collection Privée, Gris Dior. Ini merupakan kegemaran saya. Aroma bunga Gris Dior ini menyerlahkan nota citrus dan cetuskan kesegaran sepanjang hari.
Berapa minit anda berada di hadapan cermin untuk melakukan rutin cantik harian?
Bergantung pada masa. Jika saya sibuk dengan kerja atau belajar, maka rutin saya akan lebih pendek dan sekejap. Lebih kurang dalam 15-25minit saya akan melakukan rutin saya seperti membersih wajah, toner, serum, krim pelembap, krim mata dan tidak lupa SPF. Sekali-sekala saya akan lakukan rutin pupur wajah dan roll menggunakan peranti cantik seperti Gua Sha.
Satu perkara anda tidak boleh tinggal?
Ice Coffee Latte! Jika anda mengikuti saya di laman sosial, sebelum memulakan kerja atau sibuk bekerja pasti Ice Coffee Latte berada di sebelah. Ianya seperti magnet yang melekat. Addicted!
Inspo kuku untuk pernikahan?
Saya tidak gemarkan desain yang sarat. Cukup sekadar ringkas dan bersahaja. Saya memilih Classic French Nails untuk majlis pernikahan. Ia lebih sesuai dan pilihan warna putih di hujung kuku pula mengikut tema saya iaitu putih.
Adakah anda seorang yang gemarkan solekan tebal atau semula jadi?
Saya lebih kepada penjagaan kulit wajah. Bagi saya, jika anda tidak menjaga kulit dengan betul dan kulit tidak licin atau sekata, solekan pun tidak melekat sempurna. Jika harus bersolek tebal, itu hanya pada saat saya ke acara formal atau majlis tertentu. Harian saya cukup sekadar meletakkan bedak di muka dan secalit gincu berona pastel. Saya selesa dengan solekan semula jadi.
Pautan berkaitan GBC Eksklusif Backstage : Rossa, Another Journey The Beginning
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”