Telefon Samsung Galaxy z Flip5 Cukup Trendy

GLAM Reviu: Samsung Galaxy Z Flip5 Lebih Trendy dan Cukup Chic

Dengan rekaan Flex Window yang lebih besar pada skrin depan serta teknologi Flex Window memudahkan lagi penggunaan gajet paling cool, Telefon Samsung Galaxy Z Flip5!

telefon samsung galaxy z flip5

Perantai koleksi Flip daripada Samsung sudah mencipta fenomenanya. Sejak pertama kali dilancarkan ia terus menjadi membina kelompok yang setia. Nyata sekali, ia bukan dilancarkan hanya kerana trend semata-mata. Kerana apabila ada sahaja gajet Flip yang baharu, pastinya dilengkapi dengan teknologi dan rekaan yang lebih trendy. Terkini adalah telefon Samsung Galaxy Z Flip5 yang mampu memenuhi selera pecinta gajet yang hatinya lebih muda dan berkarakter cool!

telefon samsung galaxy z flip5

Paling menarik update terkini yang ada pada telefon canggih Samsung Galaxy Z Flip5 ini adalah skrin depan yang lebih luas. Menjadi pendahulu buat semua peranti telefon lipat, Samsung memberikan kesenangan buat pengguna dengan skrin layar depan yang besar. Cukup mudah buat pengguna yang mahu merakam gambar lebih pantas, layangkan sahaja skrin hadapan buat merakam selfie menggunakan teknologi Quick Shot. Pastinya gambar kamera hadapan ini punya kualiti yang tinggi, walaupun ditangkap kala waktu malam.

See also
Asyik Bergaduh Dengan Pasangan? Ini Tip Bahagia Wajib Anda Tahu

telefon samsung galaxy z flip5

Selain itu, apabila menggunakan telefon pintar semestinya kita mahukan peranti yang mampu menyenangkan kehidupan harian. Dek kerana itu, Samsung memperkenalkan Quick Reply yang mana pengguna gajet ini tidak perlu membuka telefon. Lebih cepat dengan menghantar pesanan melalui skrin layar depan yang canggih. Pengguna telefon ini boleh mendapatkan informasi terus daripada skrin depan. Juga yang memudahkan penggunaan Quick Reply ini adalah paparan papan kekunci QWERTY yang lengkap dan lancar.

Artikel Berkaitan: Samsung Galaxy Z Flip5 Dilancarkan, Kini Tampil Dengan Skrin Depan Lebih Luas!