GBC Lulus: Hadiah Sempurna Lancôme Untuk Musim Percutian Ini
Sorotan musim perayaan, jadikan Lancôme sebagai hadiah warisan Perancis terindah buat anda pengumpul koleksi solekan edisi terhad. Setiap satu dihiasi dengan rekaan eksklusif corak Emas Celestial Rose, terinspirasi dari magisnya kota cahaya.
Berkolaborasi dengan pengarah dan artis ilustrasi Perancis Safia Quores yang terkenal dengan pendekatan multidisiplin. Seni halus artisan dilakukan Safia menzahirkan perincian hasil seni paling manakjubkan. Sebagai seorang bekas penari balet yang meminati gerakan seni hiasan global, Safia mengimbangi ketajaman garis yang ringkas dengan pelbagai perincian, menciptakan gerakan dan emosi dalam setiap karya, menjadikannya artis yang sempurna untuk merangkul keajaiban musim perayaan.
Editor GBC Menyenaraikan Produk Kecantikan Lancôme Untuk Musim Percutian 2024
1. NEW CELESTIAL ROSE EYES & FACE PALETTE
Hadir dengan rona menawan untuk persiapan pesta taman rahsia. Ia merangkumi warna malam perayaan di Paris dengan formula kilauan dan datang dalam enam rona yang menggoda.
2. L’ABSOLU ROUGE INTIMATTE IN SHADE 273 GETS DRESSED IN STARS
Keajaiban berterysan apabila lipstik kesayangan Lancôme meraikan detik istimewa dengan sentuhan kemilau perayaan. Temui rona L’absolu Rouge yang sedia ada, dengan setiap batang dihiasi dengan sentuhan bintang magis perayaan.
3. NEW L’ABSOLU GLOSS IN DIAMOND GLITTER FOR LIPS THAT SHINE BRIGHT
Saksikan L’absolu Sheer Gloss baharu dalam kemasan paling berkilau yang memberikan bibir kelihatan lembut, terhidrat dan berkaca. Rona eksklusif yang berkilau seperti salji berlian nan menyinar malam perayaan anda.
Artikel berkaitan: GBC Lulus: Ini 3 Wangian Terbaharu Yang Unik Di TROVE
Zahirah Zulkhairi
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandungan yang dihasilkan menyelami dunia kecantikan dengan pendekatan yang segar dan dekat dengan pembaca.