Lancôme Kembalikan Kulit Awet Muda Dengan Serum Rénergie H.C.F. Triple - Glam Malaysia

Lancôme Kembalikan Kulit Awet Muda Dengan Serum Rénergie H.C.F. Triple

Lancôme menjadi pelopor dalam teknologi anti-penuaan paling berkesan dan premium. Kehadiran serum wajah Rénergie H.C.F. Triple adalah produk inovasi paling ditunggu-tunggu.

Lancome Rénergie H.C.F. Triple

Lancôme memecahkan tradisinya dalam mencari solusi terbaik untuk mengatasi masalah kulit penuaan dengan memperkenalkan serum yang mengandungi tiga bahan aktif sekaligus. Serum Rénergie H.C.F. Triple ini diilhamkan oleh sains regeneratif yang turut dikuasakan oleh penyelidikan biokejuteraan selama 40 tahun. Sesuatu yang mustahil kini menjadi realiti apabila formulanya yang mengandungi tiga bahan aktif di dalam satu dos berkuasa. Bahan seperti asid hialuronik, C+ Niacinamide dan asid ferulik menjadi kebanggaan Rénergie H.C.F. Triple.

Lancôme memecahkan tradisinya dalam mencari solusi terbaik untuk mengatasi masalah kulit penuaan dengan memperkenalkan serum yang mengandungi tiga bahan aktif sekaligus

Lancome

Formulasi ini ibarat generasi baharu buat Lancôme kerana tiga bahan aktif ini membantu memulihkan potensi regenerasi penuh kulit secara lapisan demi lapisan secara optimum. Asid hialuronik menyerap 1000 kali ganda beratnya dalam air. Membantu melicinkan dan menggebukan kulit dengan kelembapan menyeluruh. C+ Niacinamide merupakan gabungan Derivatif vitamin C dan vitamin B3 yang menyumbang kepada menyekatakan tona kulit dan membuang kesan bintik hitam. Asid ferulik adalah antioksidan kuat yang meneutralkan kerosakan radikal bebas untuk melindungi kulit daripada penuaan. Malah, turut membantu meningkatkan kualiti kulit wajah.

See also
Galaxy Z Flip4: Peranti Terbaik Buat Ekspresi Diri

Tiga bahan derm-active ini digabungkan dengan gluko-peptida daripada enjin prestasi signature rangkaian Rénergie yakni ekstrak biji rami. Ramuan ultra pekat ini mengandungi 33% peptida untuk menguatkan penghalang kulit dan menyokong penghidratan kulit, serta 45% oligosaccharides untuk memperbaiki struktur kulit.  Dua komponen ini menyasarkan lapisan kulit yang berbeza dan penting untuk pembentukan semula dan peremajaan kulit.

Lancome

Analisis Kulit Dengan Lancôme Skin Screen

Anda kini boleh menganalisis kulit sebenar dalam sekelip mata! Lancôme Skin Screen merupakan perkhidmatan analisis kulit yang eksklusif dan canggih. Mesin ini juga dinaiktaraf dengan ciri Projective Aging tambahan yang bakal menemui anda pada pertengahan Mac 2023. Ciri ini memberi gambaran sekilas tentang keadaan sebenar kulit anda selama beberapa tahun.

Ketepatan sebanyak 97% dalam analisis dengan visualisasi kulit membantu anda untuk mengenal-pasti masalah kulit. Juga memperkenalkan rutin kulit baharu. Tahukah anda skrin kulit ini adalah percuma dan boleh kunjungi ke setiap butik Lancome berdekatan.

Artikel berkaitan Gincu Harum Semerbak, Warna Kekal Seperti Olesan Pertama

See also
Tip Cantik: Kenal Kulit Wajah Anda Dengan Betul

Pengarang kecantikan GLAM, Julia Azman berpeluang untuk berkunjung ke butik Lancôme di One Utama. Sesi bersama Lancôme Skin Screen paling mengujakan! Hanya dalam beberapa minit, segala maklumat mengenai masalah kulit dipaparkan menerusi alat peranti. “Menurut pakar kecantikan Lancôme, kulit saya mengalami masalah kering, tona kulit tidak sekata dan mula menunjukkan garisan halus di bawah mata serta kulit sensitif di bahagian pipi.” Saranan dia adalah dengan mencuba serum Rénergie H.C.F. Triple yang dapat melindungi kulit dengan kadar segera.

Serum Rénergie H.C.F. Triple 50ml dijual dengan harga RM640 dan kini boleh didapati di setiap butik dan kaunter fizikal Lancôme atau layari laman rasmi www.lancome.com.my. Kunjungi juga di laman Facebook dan Lazada Lancôme. Turut dijual di Sephora Malaysia bermula Mac 2023.