Tip Makan Angin di Tokyo

Tip Makan Angin di Tokyo

Deborah Henry di TokyoGambar: Deborah Henry di Tokyo. (Arkib GLAM)

 
Sebut sahaja bandar Tokyo, anda pasti membayangkan kotanya yang penuh warna-warni, warga kota yang rata-rata bergaya funky, hotel bertaraf antarabangsa dan bermacam lagi. Ibu negara Jepun ini sentiasa hidup tidak kira pagi atau malam dengan adanya kelab-kelab hiburan yang happening, restoran, galeri dan muzium yang rata-ratanya menjadi tarikan menarik kepada pelancong yang datang ke sini. Sering bersaing dengan pusat bandar Manhattan yang menonjolkan bangunan-bangunan yang iconic dan limpahan butik berjenama di sana. Seperti apa yang anda lihat di TV dan filem, seperti itulah jelas gambaran Tokyo. Daerah Aoyama ialah kampung halaman bagi pereka Yohji Yamamoto, Comme des Garcons dan Issey Miyake. Lebih seronok, jika anda bersiar pada sebelah malam kerana suluhan lampu neon yang memancar dari setiap bangunan di Shinjuku dan Shibuya.
 
Hotel
Jika ditanya, hotel mana yang menjadi pilihan, sudah tentu The Imperial Hotel adalah yang paling terkenal di Tokyo! Hotel ini mula dibuka pada 1890 yang pada ketika itu masih menggunakan reka bentuk asal yang lama namun 30 tahun kemudian, seorang arkitek, Frank Llyod Wright telah mengubah reka bentuk bangunan ini dan masih tersergam indah sehingga kini. Harga sebuah bilik di hotel ini adalah sangat berpatutan iaitu sebanyak 37,800 yen bersamaan RM1,200. Manakala harga penginapan untuk semalam disalah satu suites hotel terkemuka ini adalah bernilai 1,050,000 yen bersamaan dengan RM33,400!
 
Makan
Cari restoran Aragawa jika anda berada di Tokyo kerana restoran ini pernah berada di senarai restoran termahal di dunia yang dinyatakan oleh Forbes.com pada 2006! Jika anda melihat interior deco nya, tidaklah segah harga menunya kerana ia terletak di sebuah ruangan bawah tanah di salah sebuah bangunan pejabat di Shinbashi, Tokyo ini. tiada valet parking untuk yang membawa kereta malah tiada pintu utama yang semenggah boleh digambarkan terhadap restoran ini. Walaupun restoran ini tidaklah secantik mana, namun para pelanggannya sanggup datang untuk menikmati kelazatan hidangan daging Kobe yang paling lembut di dunia.
 
Kunjung
Tidak sah jika anda tidak menonton teater tradisi mereka. Teater Kabuki ini adalah bertemakan drama dan tarian dan sering menggunakan props yang professional membuatkan penonton tidak berhenti memuji akan kemegahan pentasnya. Namun, pelbagai isu yang timbul apabila teater seperti ini menggunakan pelakon wanita, dan ada yang menetapkan supaya menggunakan pelakon lelaki atas sebab tidak mahu moral si wanita tercalar. Kebiasaanya teater ini akan berlangsung selama lima jam akibat gangguan dari penonton yang sering mencelah setiap kali persembahan.
 
 

See also
Keajaiban Makanan Sihat