Inspirasi - Idea Penataan Kamar Beradu - Page 3 of 3 - Glam Malaysia

Inspirasi – Idea Penataan Kamar Beradu

Oasis mahligai yang mana setiap penghuni memulakan dan mengakhiri hari-harinya di sini; kamar beraduan. Keselesaan adalah tunggak utama; pemilihan warna, tekstur dan paten tidak boleh diambil remeh kerana bias mempengaruhi mood sang penghuni. Seleksi warna asas hitam putih, corak flora, tropika dan geometri berlatarkan belantara hijau di Tiarasa Escapes Glamping Resort menjadi eksperimen team GLAM Deko kali ini.

Slide untuk lihat gambar.

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Aturan kusyen bermacam bentuk dan corak menambah gaya di katil peraduan. Sarung bantal bercorak bunga FILODENDRON, Ikea. Kusyen bercorak metalik hijau mint, Maison Curio serasi dilihat bersama kusyen jemeki Dahlia, Laura Ashley. Hamparan quilt flora Rosamond Cranberry, Laura Ashley.