Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Dengan Inovasi Warna

Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi

Jenama dapur ikonik dari Perancis, Le Creuset, kini melangkah ke abad baru dengan penuh gaya dan warisan. Ulang tahun ke-100 ini diraikan bersama inovasi, nostalgia dan tradisi masakan yang menyentuh hati.

Ikon Global Dari Perancis ke Seluruh Dunia

Sejak diperkenalkan pada tahun 1925 di Fresnoy-le-Grand, Perancis, jenama ini telah menjadi jenama peralatan dapur yang disayangi di seluruh dunia. Dikenali dengan reka bentuk klasik dan kualiti unggul, setiap periuk besi tuang (cast iron) mereka dihasilkan oleh tukang mahir. Ia bukan sekadar alat memasak, tetapi warisan yang membentuk memori dan tradisi keluarga dari satu generasi ke generasi seterusnya.

“Le Creuset adalah simbol keindahan dan ketukangan sejati. Kami terus berusaha meneruskan inspirasi dan inovasi dalam dunia masakan,” ujar Paul van Zuydam, Pengerusi Le Creuset.

Inovasi Warna Ikonik: Flamme Dorée

Le Creuset sambut 100 tahun

Sempena ulang tahun ke-100, Le Creuset memperkenalkan warna istimewa, Flamme Dorée. Warna ini ialah penghormatan kepada warna asal mereka, Flame, kini diberi sentuhan mewah bersinar keemasan. Lapisan enamel ketiga menjadikan permukaannya berkilau unik. Warna edisi terhad ini membuktikan komitmen terhadap inovasi dan estetika dalam dunia kulinari.

See also
4 Trend Hiasan Dalaman Perlu Anda Cuba Tahun Ini

Sejak ditubuhkan, mereka telah menghasilkan lebih 200 warna dan hampir 1,000 bentuk produk. Setiap rekaan menyatukan fungsi dan keindahan.

Le Creuset 100 Tahun, 1 Cerita Bermakna

le creuset sambut 100 tahun

Bagi meraikan sejarah 100 tahun mereka, jenama cookware ini bekerjasama dengan Assouline menghasilkan buku istimewa, Le Creuset: A Century of Colourful Cookware. Buku meja kopi ini memaparkan koleksi gambar eksklusif yang meraikan warisan dan keindahan produk mereka sepanjang satu abad.

Selain itu, sebuah video pendek berjudul “Stories of Inspired Tradition” turut dilancarkan. Ia menampilkan chef kulinari ternama dan peminat jenama ini, yang berkongsi momen dan memori bermakna bersama produk kegemaran mereka.

Sambutan ini bukan sekadar mengenai sejarah mereka, malah ia adalah tentang momen yang dicipta di dapur, yang kekal dalam ingatan selamanya bersama Le Creuset.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Osteria Gamberoni: Sebuah Permata Itali di Tengah Kota