5 Jam Tangan Mengagungkan Tahun Arnab
Jam Tangan Tahun Arnab

5 Jam Tangan Mengagungkan Tahun Arnab

5 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Vacheron Constantin Métiers d’Art Year of the Rabbit

Imej arnab hasil ukiran tangan dalam platinum melengkapkan konstruksi rangka arloji Vacheron Constantin Métiers d’Art Year of the Rabbit yang juga dibikin dari platinum. Turut menampilkan versi dalam material emas merah dengan ukiran arnab yang hadir sepadan.

Kedua-dua arloji eksklusif yang bernaung dibawah koleksi Métiers d’Art dihamparkan pada laman dail enamel yang memaparkan motif flora yang rumit. Kaliber 2460 G4 yang canggih mengendalikan indikasi jam, minit, hari dan tarikh menerusi empat apertur pada laman dail. Tampil terhad kepada sembilan utas bagi setiap model.

Pautan berkaitan: 5 Jam Tangan Merah Jambu Terbaik