Pengalaman Gastro Epik Mesra Muslim di Western Australia - Page 2 of 4 - Glam Malaysia

Pengalaman Gastro Epik Mesra Muslim di Western Australia

Apabila berkunjung ke luar negara, bahagian terbaik bagi sesebuah percutian sudah tentu ialah makanan. Tidak ada cara yang lebih baik untuk mengalami pengalaman menakjubkan di sesuatu tempat dan budaya dengan merasai makanannya.

Percutian ke Western Australia tidak akan lengkap tanpa merasai makanan tempatan. Walaupun wilayah di Australia Barat terkenal dengan wain, pasti anda berfikir tidak banyak pilihan makanan mesra Muslim di sana. Tidak sama sekali. Disini terdapat banyak pilihan mesra Muslim, bukan hanya di ibu kota Perth malah di seluruh wilayah yang lain juga.

Berikut adalah panduan untuk mencari pilihan mesra Muslim untuk pengembaraan gastro epik di Western Australia.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. Nikmati pelbagai jenis makanan laut

Pelbagai jenis pilihan makanan laut boleh didapati di lautan dan sungai di Western Australia, yang dipenuhi kepelbagaian habitat marin serta perairan yang luar biasa. Sesuai untuk pelancong Muslim yang gemarkan makanan laut. Anda perlu cuba makanan laut bermusim seperti famous Geraldton rock lobster, South West marron, yabby and trout, North West barramundi, Exmouth prawns, Rottnest scallops dan Ketam Mandurah.

Picture credit: Tourism Western Australia