Biasan Ultra-feminin Vanguard Rose Skeleton - Glam Malaysia
Vanguard Rose Skeleton
Himpunan arloji berbentuk tonneau adalah eksklusif buat rumah arloji asal Geneva ini. Konstruksi jam tangan Vanguard Rose Skeleton terbaru untuk para wanitanya juga tidak terkecuali. Pembinaannya menggabungkan rekaan yang harmoni lalu mendakap seni ketukangan yang pintar. Di mana, perincian enamel bunga mawar yang diolah buatan tangan bukan saja tampil menyempurnakan hiasan estetik yang penting buat barisan jam tangan ini. Bahkan, ia menghubungkan pergerakan mekanikal pada kerawang laman dail yang membiaskan aura femininnya. Kesemua karya arloji terbaru ini tampil dalam variasi warna yang berbeza, serta didatangi dalam versi Color Dreams yang terkenal juga bertatahkan butiran berlian.

SPESIFIKASI

Material

Emas Merah/ Emas Putih 18K
Diolah berlapisan warna pada kedua-dua sisi case
Kristal Nilam

See also
Wanderlust Expedition Bersama Chanel Cruise 2021

Dail

Kemasan digilap tangan
Skeletonized
Perincian bunga mawar diolah buatan tangan

Tali Jam

ulit buaya berlapis tali getah buatan tangan

Kancing

Emas Merah/ Emas Putih 18K
Dihiasi 12 butir berlian potongan brilliant (0.21 karat) Kemasan digilap tangan

Kaliber Pergerakan

MVT FM 1540-VS15
Pembinaan pergerakan buatan Franck Muller Penggulungan mekanikal manual
Berkecekapan tinggi dibangunkan secara in house.
156 Komponen
21 Permata

Rizab Kuasa

4 Hari
2 Bare

Kalis Rintangan Air

30 meter

Terdapat dalam V 32 & 35 (saiz case)
V32
Lebar : 32mm
Panjang : 42.3mm
Ketebalan : 5.90mm
V 35 (Butik Eksklusif)
Lebar : 35mm
Panjang : 46.3mm
Ketebalan : 10.4mm

Kolaborasi Franck Muller bersama GLAM Malaysia menampilkan pemuja arloji, Kim Raymond, 36. Memegang ungkapan "Time is Priceless" wanita yang menekuni ilmu gemology ini juga merupakan pengumpul arloji. Didorongi oleh minat bapanya, Kim menyanjung apa jua penciptaan terkini dunia horologi. Lantas, tidak sekali mendiskriminasi material, mekanisma mahupun fitur seutas karya arloji
The Making of
Penciptaan kerawang dail memerlukan pelbagai langkah pembuatan artisanal. Di mana setiapnya, melibatkan para tukang yang khusus.

Tetapan turapan berlian teknik pave pada laman dail dan kelongsong case dilaksanakan oleh tukang jauhari yang arif. Setiap butiran berlian yang sangat kecil ini disusun di balik kaca mikroskop dengan tangan. Khususnya, tetapan berlian pada kelopak bunga mawar yang mempamerkan kecekapan serta kemahiran tukang jauhari.

See also
Intipati Mewah La Prairie

Perincian bunga mawar pada kerawang dail diwarna buatan tangan dengan penuh ketelitian kreasi artisan. Setiap kerangka suntingan bunga ros dan daun dipotong tangan dalam proses yang dipanggil chamfering. Bertujuan untuk menambah kilauan, kontur dan kemasan licin yang sempurna pada dail.

Variasi
Kesemua karya arloji terbaru ini tampil dalam variasi warna yang berbeza, serta didatangi dalam versi Color Dreams yang terkenal. Turut memperkenalkan model bertatahkan butiran berlian pada bunga mawar serta kelongsong case jam.
Left
Right
Left
Right
Left
Right
Sign Up For Our Newsletter
Dapatkan Info Terkini Dari Glam