Persengketaan Paling Hangat Dalam Industri Hollywood

Pergaduhan Terbesar Selebriti Dalam Sejarah Hollywood

Jikalau kita manusia biasa/marhaen/mortal tidak boleh mengelak daripada kemelut persengketaan dalam kehidupan seharian kita, apakan pula mereka yang berstatus selebriti. Jikalau tidak merasa dengki dengan kejayaan satu sama lain, mungkin juga untuk publisiti murahan supaya boleh kekal relevan? Atau memang rasa tidak puas hati sebab hasutan pihak ketiga, keempat, dan seterusnya? GLAM menghimpunkan 13 persengketaan Hollywood yang melakar sejarah dalam industri sengit itu.

7 of 13

Taylor Swift vs. Nicki Minaj

Persengketaan hangat antara kedua-dua artis ini bermula pada tahun 2015 selepas MTV mengumumkan senarai calon untuk Video of The Year di mana Nicki Minaj tidak tercalon yang terdiri daripada Taylor Swift, Ed Sheeran,Beyoncé dan Mark Ronson. Ini menyebabkan Minaj untuk mengeluarkan kenyataan pada akaun Twitternya:

Swift pula terasa pedasnya lalu mengeluarkan kenyataannya sendiri:

Perdebatan mereka berterusan sehingga Ed Sheeran dan Kim Kardashian West sendiri masuk campur.

Minaj dan Swift meleraikan persengketaan ini apabila mereka membuat persembahan bersama sewaktu MTV VMA pada tahun 2015.