Abadikan Momen Valentinemu Bersama Ronan Keating

Abadikan Momen Valentine Bersama Ronan Keating

Ronan Keating kembali ke Resorts World Genting untuk meraikan Hari Kekasih!

Cukup dikenali sebagai penyanyi utama salah sebuah kumpulan popular 1990-an iaitu Boyzone, Keating turut memiliki beberapa lagu hit cinta dalam kerjaya solonya bagi meneruskan legasi. Kemunculan istimewa Keating sempena Hari Kekasih 2020 bersama para peminatnya di Resorts World Genting untuk satu malam sahaja LOVE AT 6118 – konsert Istimewa Hari Kekasih bersama Ronan Keating.

Lebih istimewa, anda boleh menikmati menu eksklusif di The Olive yang terletak di Hotel Genting Grand  yang  menyediakan menu set empat hidangan hanya untuk Hari Kekasih. Menu terdiri daripada pembuka selera seperti ketam dan tembikai, Bouillabaisse dengan udang galah udang dan sup kerang.

Manakala menu utama pula pilihan kambing atau ayam roulade, yang dimasak dengan penuh kesempurnaan. 

 

Makan malam diserikan lagi dengan pemanis pannacotta buttermilk, mutiara boba, lychee, raspberry, dan rose consommé. Kesemua menu ini berharga RM299 dan boleh didapati dari pukul 6 petang hingga 11 malam.

See also
10 Bilik Paling Seksi Di Dunia Yang Anda Harus Lawati

Keating sinonim dengan lagu-lagu cinta hit seperti If Tomorrow Never Comes, I Hope You Dance, Father and Son, Iris, Baby Can I Hold You dan You Needed Me serta Life Is A Rollercoaster dan lagu-lagu hebat ini bakal didendangkan buat anda.

Usah lepaskan peluang terindah ini dan selain dibuai lagu-lagu merdu Ronan Keating yang akan mendendangkan lagu-lagu hitnya di Arena of Stars pada 14 Februari 2020, anda juga berpeluang bergambar dengan Ronan sebagai kenangan. Tiket-tiket kini dijual pada harga RM586 (VIP), RM436 (PS1), RM316 (PS2) dan RM196 (PS3). Fi pemprosesan RM4 turut dikenakan. Ahli GRC (Kad Ganjaran Genting) akan menikmati diskaun sebanyak 10% melalui pembelian tunai, kad kredit atau penebusan Mata Ganjaran Genting (hanya untuk tempat duduk VIP-PS2 sahaja). Untuk maklumat lanjut layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118.