5 Langkah Untuk Gaya Mata Mod

5 Langkah Untuk Gaya Mata Mod

donyale4Gambar: Arkib

 
Mata adalah kunci fokus buat solekan 60-an. Bulu mata ultra panjang disadur maskara tebal, kadang-kala bulu mata palsu ditata bagi efek lebih dramatik, celak mata gelap, hitam dan tebal juga antara stail popular ketika era ini.
 
Primer Mata
Solekan mata 60-an terkenal dengan keupayaannya untuk tahan lama dan kalis comot, kerana itu primer pembayang mata adalah elemen penting dalam stail mod ini. Serbuk neutral dan krim primer in disapu nipis, kemudian layangkan bedak tabur.
 
Pembayang Mata
Nuansa garang pastel biru dan hijau adalah warna signature buat mata mod 60-an. Beri nafas moden dengan menggantikannya bersama palet gelap seperti hitam, perang, kelabu dan kopi. Sapu warna paling lembut dahulu pada seluruh mata dan rona  gelap di kelopak untuk mencipta kontur lebih definisi. Tambah sedikit highlighter pada tulang kening.
 
Celak Hitam
Esen trademark ini digayakan dalam rona hitam atau perang, tidak kisahlah daripada tekstur atau pensel. Lukis garisan halus pada hujung kelopak, gariskan beberapa lapisan agar ia jadi lebih tebal, terutamanya pada bahagian tengah kelopak. Kemudian, lukiskan ekor pada hujung mata. Untuk stail ala Twiggy, celak pensel lebih sesuai ditata untuk garisan grafik pada soket mata.
 
Bulu Mata Ekstrem
Untuk membuka serta memfokuskan lagi mata, penggulung bulu mata adalah aksesori cantik mesti ada pada era 60-an. Untuk gaya lebih dramatik lagi sofistikated, bulu mata palsu digunakan buat acara malam khasnya. ‘The bolder, the better!’
 
Maskara
Bulu mata palsu atau tidak, langkah terakhir ini harus dipraktikkan. Pilih daripada jenis formula dan berus yang bertindak mengasingkan serta memanjangkan bulu mata. Sisir bulu mata dengan berus maskara mini, untuk hasil lebih perincian.
 
 

See also
Bella Hadid dan The Weeknd Berpisah