5 Makeup Pouch Raya Pilihan GLAM Untuk Bawa Pulang Kampung - Glam Malaysia

5 Makeup Pouch Raya Pilihan GLAM Untuk Bawa Pulang Kampung

Jangan lupa packed barangan solekan anda sebelum pulang ke kampung! Lagi mudah jika berada dalam Makeup Pouch, 5 pilihan GLAM

Dah nak Raya, pastinya anda sedang sibuk mengemas barang-barang yang perlu dibawa kala bercuti lama. Terutama, menyusun barangan solekan! Kalau diikutkan hati, nak bawa semuanya tetapi jika bawa berlebihan mulalah menyesal. Bawa terlalu sedikit, terasa rugi dan menyesal! Seperti saya Pengarah Kecantikan, sudah tentu saya punya susunan pilihan dari barangan produk penjagaan kulit hinggalah ke pilihan mekap. Apa yang menyenangkan hidup saya apabila saya mempunyai beberapa pilihan Makeup Pouch atau beg kecil yang memuatkan banyak barangan pilihan saya.

Makeup Pouch

Ada sesetengah individu, mereka ini OCD perlukan atur susun yang kemas barulah complete! Ada yang pula jenis tidak kisah asalkan ia berada dalam satu beg! Saya jatuh dalam golongan tidak kisah asalkan semua ada. Tetapi jujur cakap, adakalanya saya terbabas sampai bawa 5 -6 beg kecil untuk letak setiap barangan peribadi seperti penjagaan kulit, mekap, wangian, rambut dan tubuh badan.

See also
Esentrik: Gaya Baharu Bella Hadid

Artikel berkaitan Anna Jobling Dan Selebriti Dengan Solekan Paling Menawan Minggu Ini

GLAM bariskan 5 Makeup Pouch/ Beg Mekap Kecil hasil keluaran tempatan yang sering menjadi bualan ramai!

  1. MANAMANA

Baru sahaja menapak dalam pasaran kecantikan tempatan, sudahpun tular kerana pengasasnya juga individu yang punya pengaruh dalam kalangan wanita. Gadis muda pempengaruh, Sherry Amin merupakan individu di belakang kejayaan MANAMANA. Bermula dengan hanya 6 desain yang sejuk mata memandang sehingga kini ia sold out di laman rasminya. Bersama tagline, “The bags you take Mana Mana”, dijual dengan harga RM98.00

  1. LUMI

Bukanlah jenama cantik tempatan asing di Malaysia. Lumi Beauty sentiasa menjadi terpaling pantas dalam penghasilan produk penjagaan wajah yang efektif dan berasaskan botanikal. Jika anda lihat pilihan bungkusannya juga berona pastel sesuai dengan permintaan masa kini. Lumi Gleam Terry Pouch yang dijual dengan harga RM80.00 punya dua warna seperti kuning dan ungu cair. Beg mekap kecil ini dihasilkan daripada fabrik bulu dan dilapikan bersama fabrik double-sided polyester nylon towel.

  1. HANDMADE HEROES

Pelopor pertama pasaran tempatan untuk Bakuchiol Booster Oil! Handmade Heroes kisah inspirasinya terus menjadi highlight. Antara jenama tempatan yang menjadi pilihan GLAM dan kini Handmade Heroes juga memperkenalkan The Beauty Pouch yang bersaiz sederhana tetapi muat segala barangan kecantikan anda. Dijual dengan harga RM40.00

  1. CHUCK’S

Kegemaran wanita gen Z dan juga merupakan pilihan GLAM terutama Sheet Mask dan Beam Lip Jelly yang sering menjadi rebutan. Chuck’s juga memperkenalkan Chuck’s Pack Up Pouch yang hadir dalam dua warna pilihan seperti jingga dan hijau terang. Dijual dengan harga RM 118.00

  1. VELVET VANITY

Velvet Vanity berada di pasaran cantik Malaysia sejak tahun 2016. Diasaskan oleh Adlina Nadirah hanya bermula dengan jualan lipstik kini Velvet Vanity terus berkembang maju dengan menampilkan beberapa produk yang berasaskan Vegan sesuai untuk semua jenis kulit. Turut hadir dengan Checkmate Drawstring Pouch yang dijual dengan harga RM15.00