Brad Pitt Lancar Le Domaine Skincare, Inspirasi Daripada Bekas Kekasih - Glam Malaysia
Brad Pitt Lancar Produk Kecantikan, Inspirasi Daripada Bekas Kekasih

Brad Pitt Lancar Le Domaine Skincare, Inspirasi Daripada Bekas Kekasih

Umum lancar produk penjagaan wajah, Le Domaine Skincare, Brad Pitt Bongkar wanita yang mempengaruhinya untuk menceburi perusahaan ini.

 Beberapa hari lepas, Brad Pitt umum di mana dia telah melancarkan jenama produk kecantikan terbarunya, Le Domaine Skincare. Menerusi temubualnya bersama Vogue,

Saya suka apa yang Gwyneth (Paltrow) telah lakukan (bersama jenama Goop).

Gwyneth Paltrow yang juga merupakan bekas kekasihnya memiliki jenama yang mengetengahkan produk kecantikan, secara tidak langsung Brad menjadikan wanita ini sebagai inspirasinya dalam melancarkan jenama ini. Walaupun sudah berpisah lama, Brad berkongsi bahawa dia dan Gwyneth masih dalam hubungan persahabatan yang baik.

Gwyneth masih seorang kawan saya yang sangat disayangi, dan dia telah membina empayarnya. Dia sentiasa mempunyai sesuatu dalam dirinya sebagai seorang kurator, maka Goop adalah merupakan saluran kreatif buatnya. Malah, jika diingatkan kembali, Gwyneth adalah orang yang pertama yang membuatkan saya mencuci wajah dua kali sehari… mungkin.

Bukan itu Sahaja, Brad turut menegaskan bahawa walaupun Le Domaine Skincare adalah jenama miliknya, namun dia bukanlah wajah yang harus dikedepankan. Jelas Brad, dia lebih selesa berada di belakang tabir dalam menghasilkan produk terbaik ini.

See also
Solekan Dior Cruise 2022 Berfantasi Legenda Greek

 

Brad Pitt Lancar Produk Kecantikan, Inspirasi Daripada Bekas Kekasih

Gambar: Instagram @ledomaine.skincare

 

Intipati utama produk penjagaan wajah Brad ini adalah berasaskan daripada buah anggur bebas antioksida yang dipetik daripada Chateau Miraval, estet yang telah dibelinya bersama Angelina Jolie pada Tahun 2008. Cinta dan ilmu yang dimilikinya terhadap wine telah diguna pakai untuk mencipta produk penjagaan wajah yang terbaik. 

Seperti selebriti dan influencer yang lain, dia juga tidak terlepas daripada menerima hadiah-hadiah terutama sekali produk kecantikan. 

Saya tahu di luar sana, hampir setiap hari ada sahaja produk baharu yang akan dilancarkan. Saya juga menerima pelbagai Jenis barang setiap masa dan… ugh. Semuanya sama sahaja pada saya. Akan tetapi, Tahun lalu, kami telahpun mencuba sendiri Le Domaine dan alangkah terkejutnya saya dengan hasilnya pada kulit saya, dan pada itu, saya rasakan ini sangat berbaloi untuk saya melangkah ke depan bersama produk ini.

Sudah mula dijual atas talian, namun proses penghantaran hanya akan bermula pada 1 Oktober. Le Domaine Skincare setakat ini memiliki empat jenis produk yang sesuai untuk semua jantina iaitu The Serum, The Cream, The Fluid Cream dan The Cleansing Emulsion.

See also
Kostum Halloween 2018 Terbaik Oleh Selebriti Ternama

 

Pautan berkaitan: Pameran Pertama Brad Pitt Sebagai Pengukir Arca